Tragedi Amuk Di Sekolah Rendah Connecticut – Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental - pakdin.my


+++++

 amuk di connecticutTragedi amuk di sekolah rendah di Connecticut, Amerika Syarikat.

Suspek, dilaporkan membunuh ibunya dahulu di rumah, sebelum memandu ke sekolah dan melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan 28 maut, seorang cedera.

20 kanak-kanak lingkungan usia lima hingga sepuluh tahun antara yang terkorban.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia sedang berada dalam bilik mesyuarat bersama tujuh yang lain di sekolah rendah Sandy Hooks, Newtown.

Pihak pengurusan sekolah bergegas keluar selepas mendengar bunyi tembakan.

Saksi berkenaan segera menghubungi panggilan kecemasan sekitar jam 9.41 pagi waktu tempatan, selepas melihat naib pengetua yang cedera di kaki akibat ditembak.

Pengetua dan kaunselor bagaimanapun mati di tempat kejadian.

Kanak-kanak yang ketakutan diiringi keluar oleh pasukan polis sambil menutup mata.

Sesetengahnya menangis akibat terlalu terkejut dan trauma akibat insiden tembakan.

Suspek, Adam Lanza, membawa dua pucuk pistol dan menyimpan selaras lagi senapang di dalam kereta.

Lanza kemudiannya membunuh diri.

Polis tidak mendedahkan motif serangan namun Lanza dipercayai mengalami gangguan mental dan tinggal bersama ibunya di Connecticut.

Ibunya juga seorang guru di sekolah terbabit.

Abang suspek, Ryan, yang sebelum ini ditahan polis untuk siasatan, dipercayai tidak terbabit dalam kes ini.

UTAMABERITATragedi Amuk Di Sekolah Rendah Connecticut - Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium