Tragedi Amuk Di Sekolah Rendah Connecticut – Serangan Guna Senjata Milik Ibu - pakdin.my

serangan di Connecticut12 budak perempuan dan lapan budak lelaki serta enam wanita antara 28 yang terkorban dalam drama amukan di bandar Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat.

Semua kanak-kanak terbabit berusia antara enam hingga tujuh tahun.

Serangan dilancarkan seorang pelajar sekolah tinggi, Adam Lanza, 20 tahun.

Suspek menembak mati ibunya, Nancy Lanza, 52 tahun di rumah sebelum meneruskan amukannya ke atas tadika Sandy Hook meragut 26 nyawa.

Lanza melepaskan tembakan rambang bertali-arus ke arah mangsa sebelum bertindak membunuh diri.

Siasatan awal polis mendapati ibu suspek, Nancy Lanza adalah pemilik sah lesen pistol yang digunakan suspek.

Suspek dipercayai menggunakan ketiga-tiga senjata terbabit untuk melakukan amukannya.

Setakat ini Lanza dikatakan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Namun dia dilaporkan menghadapi masalah kecelaruan personaliti akibat simptom Autisme sederhana yang dinamakan Asperger’s.

Sungguhpun cerdik penghidap Aspergers’s sukar untuk bersosial dan mudah kecewa.

Majlis memperingati mangsa akan turut dihadiri Presiden Barack Obama sebagai tanda sokongan kepada kaum keluarga mereka.

UTAMABERITATragedi Amuk Di Sekolah Rendah Connecticut – Serangan Guna Senjata Milik Ibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium