Ngeh Perlu Perjelaskan Punca Wang Beli Tanah

isu-tanah-kelantan

Skandal tanah yang melibatkan kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham kini terbongkar seluas-luasnya sehingga tidak dapat ditutup, dinafikan mahupun didolak-dalihkan lagi.

Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut kini perlu berhadapan bukan sahaja dengan rakyat dan pihak berkuasa tetapi juga dengan rakan-rakan dari parti mereka sendiri yang mula ‘mengangkat kening’ terhadap mereka seolah-olah berkata, ‘apahal mintak tolong kita orang?’.

Tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas belaka bahawa Ngeh Koo Ham merupakan pemilik syarikat Upaya Padu Sdn Bhd secara langsung dan juga secara tidak langsung iaitu melalui pemilikan syarikat lain, yang turut memiliki tersebut. Secara teknikalnya, Upaya Padu adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.

Dan tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas juga bahawa syarikat Upaya Padu Sdn Bhd bertanggungjawab membeli tanah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang seluas 4,260 hektar atau 10,526 ekar, dengan 9,500 ekar daripadanya adalah kawasan pembalakan. Tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman getah kerana bentuk mukabuminya yang rata.

Pemilikan adalah melalui pajakan 70 tahun dari Mei 2006 hingga 3 Mei 2092 dan harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhannya.

Tindakan kerajaan Nik Aziz melepaskan pegangan ke atas tanah yang sebegitu luas dan bernilai komersial yang tinggi kepada pemimpin politik bukan bumiputera dari luar Kelantan pula, amatlah memeranjatkan serta menyedihkan. Sedangkan kerajaan Kelantan seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan lain untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atasnya.

Apatah lagi dengan keadaan Kelantan yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Oleh itu, tiada siapa yang dapat memahami rasional di sebalik urusniaga ini, yang mana menyebabkan dakwaan bahawa tindakan tersebut adalah bagi membolehkan Nizar menjadi Menteri Besar Perak, begitu mudah untuk dihadamkan.

Selain persoalan ‘motif’ kerajaan Nik Aziz dalam penjualan ini, terdapat juga persoalan yang lebih besar iaitu dari mana datangnya wang Ngeh untuk mengambil-alih pemilikan tanah tersebut? Persoalan ini, nampaknya bukan sahaja datang dari luar tetapi juga lebih hebat dari dalam DAP sendiri yang tidak berpuas hati.

Mana tidaknya, jika benar motifnya adalah untuk memberikan ruang kepada PAS untuk menjadi MB di Perak, maka ia seharusnya ditangani sebagai urusan antara parti dan bukannya secara perseorangan seolah-olah Ngeh merupakan pemilik tunggal DAP pula. Urusan tawar menawar jawatan MB sepatutnya melibatkan pemimpin atasan DAP, apatah lagi apabila ia melibatkan ‘habuan’ yang lumayan.

Memandangkan pembangkang sering mempersoalkan pemilikan harta pemimpin kerajaan, maka jawapan Ngeh mengenai perkara ini kepada wartawan New Straits Times Jumaat lepas, iaitu ‘bukan urusan rakyat untuk tahu dari mana dia dapat wang beli tanah’, amatlah dikesalkan.

Nampaknya, apabila persoalan yang sama terkena tepat di muka mereka, DAP pantas mengambil sikap ‘buat-buat bodoh’. Jawapan Ngeh ini, menyerlahkan lagi sikap dwistandard dan cakap tidak serupa bikin DAP untuk kesekian kalinya.

Dengan jawapan Ngeh ini, adalah wajib bagi kita untuk membakulsampahkan saja segala ketelusan yang dilaungkan DAP. DAP mahupun PR tiada apa-apa hak atau kredibiliti lagi untuk melaungkan apa-apa nilai murni sebuah pentadbiran kerajaan yang baik.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan Pakatan Rakyat itu tidaklah setelus atau sebersih mana. Malah, jauh lebih kotor dan tidak telus lagi berbanding BN. Korupsi yang diamalkan PR menyaksikan kesanggupan mereka menggadaikan hak rakyat dan juga maruah agama, bangsa dan negara. Jawatan MB dijadikan satu perniagaan, hak milik rakyat boleh dijual beli sesuka hati, malah sumber alam juga disifatkan bagai hak mutlak mereka untuk diperlakukan apa saja.

Akhirnya terbukti sudah bahawa Mursyidul Am, mahupun kafir harbi tiada bezanya lagi apabila mereka bergelumang dan bersatu dalam sebuah parti.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...