Gerakan Besar-Besaran Buru Tahanan Melarikan Diri Mengguna Van Polis - pakdin.my

2 berjaya ditahan semula, 7 diburu

tahanan lari guna van polisBUTTERWORTH – Dua daripada sembilan tahanan, yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini pagi tadi, berjaya ditangkap semula.

Sementara tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapas sawit selepas berjaya membuka gari menggunakan kunci yang ada di dalam van berkenaan.

“Tujuh yang melarikan diri ini berusia antara 20 dan 30 tahun  serta sangat berbahaya dan agresif,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik Bernama petang ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.

Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Mengulas rentetan kejadian, Abdul Rahim berkata, tahanan terbabit dibawa ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes dan mendapat perintah tahanan reman.

“Ketika tiba di Tol Bagan Ajam iaitu berhampiran Pantai Bersih, seorang OKT (tahanan) yang dibawa itu berpura-pura bergaduh antara satu sama lain lalu menyebabkan anggota polis yang memandu van berkenaan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

“Semasa van itu berhenti, salah seorang daripada suspek itu bertindak membaling serbuk cili kepada anggota polis pengiring sehingga menyebabkan mata mereka pedih.

“Dalam masa yang sama mereka (sembilan OKT) bertindak memukul empat anggota polis pengiring terbabit dengan gari dan tangan mereka,” katanya.

Abdul Rahim berkata, empat anggota polis yang mengalami kecederaan di mata, kepala dan kaki itu dirawat sebagai pesakit luar di HSJ.

“Empat anggota polis berusia 30-an itu dari Balai Butterworth, di sini mendakwa dihentak dan dipukul dengan gari dan kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan.

“Selain itu kita juga akan menyiasat empat anggota polis yang mengiringi mereka kerana mungkin kelalaian pihak polis kerana tidak membuat pemerikaan secara terperinci ketika mengambil OKT daripada penjara,” katanya.

Pura-pura bergaduh, kemudian lempar serbuk cili kepada anggota polis.

Itu helah sembilan tahanan sebelum  bertindak nekad memukul empat polis dan melarikan diri menggunakan van polis yang dirampas.

Ketika kejadian semua suspek dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang, pagi tadi.

DATUK ABDUL RAHIM HANAFI / KETUA POLIS PULAU PINANG
“OKT yang ada di dalam van ini pura-pura gaduh antara satu sama lain dan menyebabkan pemandu berhenti di tepi jalan dan apabila pemandu berhenti selepas tol, berhenti tepi jalan, salah seorang dari OKT ni telah membuang serbuk cili kepada escort polis, dan menyebabkan mata anggota polis ni pedih dan ketika itu, ada yang dipukul”.

Empat anggota polis berkenaan turut dijadikan tebusan sebelum dua daripada mereka ditinggalkan di tepi jalan.

Van yang dirampas ditemui ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor.

Tiga suspek telah dapat ditahan kembali, manakala nasib dua lagi anggota polis masih belum diketahui.

Gerakan besar-besaran kini sedang dilakukan bagi memburu semua suspek yang dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis dengan segera.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi mendengar detik-detik anggota polisnya yang cedera dipukul oleh penjenayah sebelum melarikan diri ketika melawat mereka di Hospital Seberang Jaya
Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi mendengar detik-detik anggota polisnya yang cedera dipukul oleh penjenayah sebelum melarikan diri ketika melawat mereka di Hospital Seberang Jaya
Orang awam membantu seorang anggota polis yang cedera akibat dipukul oleh penjenayah yang melarikan diri
Orang awam membantu seorang anggota polis yang cedera akibat dipukul oleh penjenayah yang melarikan diri
Anggota polis membuat sekatan jalanraya di sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah berikutan sembilan penjenayah melarikan diri dengan memukul dua anggota polis
Anggota polis membuat sekatan jalanraya di sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah berikutan sembilan penjenayah melarikan diri dengan memukul dua anggota polis

UTAMABERITAGerakan Besar-Besaran Buru Tahanan Melarikan Diri Mengguna Van Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium