Kalimah Allah : Anwar Pertikai Sultan Selangor - pakdin.my

khali-anwar-sokong-kalimah-Allah-digunakan-gerejaAntarapos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Pendirian tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini.

Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menempelak titah Sultan apabila menuduh Mais sebagai hanya cenderung mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya pimpinan Umno.

“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor. Bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili pandangan kerajaan negeri.

“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno. Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang mempunyai kepentingan menguasai syarikat arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.

Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah diguna dalam injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd Misri Idris.

Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.

“(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010″, kata Mohd Misri, menjelaskan ketetapan Sultan Selangor itu.

Misri berkata Sultan Sharafuddin pernah mengeluarkan titah yang sama bersabit isu ini tiga tahun lalu namun telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak apabila ia dibangkitkan sekali lagi.

Justeru baginda menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba mempersendakan penggunaan kalimah Allah ini.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKalimah Allah : Anwar Pertikai Sultan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium