HKR 2013 -Kehadiran 40 Ribu orang, Apa Masalah dengan FB Polis KL dan Malaysiakini.com? #KL112 #AsmaraShamsidar

myKMU.net – Himpunan Kebangkitan Rakyat @ Himpunan Shamsidar mencatatkan kehadiran sekitar 40 ribu orang. Anggaran di dalam stadium sekitar 35 ribu orang dan sekitar lima ribu orang lagi di luar stadium termasuk penjual dan penjaja kecil. Ini berdasarkan laporan pihak berkuasa dan juga pemerhatian pemberita yang berada di sana.

Namun pentadbir Facebook Polis KL dengan tidak semena-mena mengisytiharkan jumlah kehadiran di dalam stadium sahaja menjangkaui 80 ribu orang. Malaysiakini pula menyatakan 100 ribu orang hadir. Memang susah untuk berhujah dengan mereka yang membuat anggaran menggunakan kepala lutut

Kenyataan Facebook Polis KL
Kenyataan Facebook Polis KL

poliskl2

Kenyataan ini bertentangan sangat bertentangan dan tidak langsung di sokong oleh gambar yang dipamerkan oleh facebook itu sendiri.

Sehingga jam 4 petang tadi, Malaysiakini langsung tidak berani menyiarkan gambar-gambar di dalam stadium.

Untuk kiraan mudah ialah standard tempat duduk Stadium Merdeka hanya boleh dipenuhi sekitar 25 ribu orang. Jika diasak-asak dan semua berdiri ia boleh mencapai 35 ribu orang. Jika ada sesiapa yang mempunyai gambar menunjukkan tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi secara tersusun, padat dan ramai yang berdiri maka sila tunjukkan bukti. Ini kerana gambar-gambar yang sampai kepada kami menunjukkan sebaliknya.

Keluasan padang bola pula ialah sekitar 50 ribu kaki persegi. Dengan andaian setiap orang berdiri secara menegak dan hanya mengambil ruang sebanyak 2 kaki persegi setiap orang, hanya 25 ribu dapat dimuatkan di atas padang. Dua kaki persegi adalah ruang sebesar “dua tile” saiz biasa di rumah anda. Bolehkah semua orang hanya menggunakan 2 kaki persegi untuk berdiri?

poliskl3

Jika kita andaikan boleh pun, adakah gambar-gambar yang ditunjukkan dalam semua laman web media menunjukkan padang bola sepak di Stadium Merdeka begitu padat seperti yang digambarkan dalam tulisan ini?

Fokus dari udara
Nota: Oh ya, sila bawa gambar photo yang asli bukan yang telah diedit oleh laman penipu seperti Malaysiakini, suarapakatanrakyat.com dan Kl-today.com

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...