Pahang Kekalkan Rekod Bersih Dalam Liga Super, Kalahkan Negeri Sembilan 2-1 - pakdin.my

Pemain Pahang, Fauzi Roslan meraikan gol jaringannya pada aksi perlawanan bolasepak Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur
Pemain Pahang, Fauzi Roslan meraikan gol jaringannya pada aksi perlawanan bolasepak Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur

Pasukan Pahang terus mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa malam.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah untuk terus menerajui kedudukan liga dengan mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Pahang yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh membuka tirai jaringan menerusi penyerang Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-27 sebelum Mohd Faizol Hussain menggandakan kedudukan pada minit ke-74.

Mohd Rahizi Mohd Rasib mengurangkan defisit jaringan untuk skuad Rusa pada minit ke-88.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mencatatkan kemenangan kedua musim ini selepas membelasah wakil kelab dari Terengganu, T-Team dengan keputusan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tiga gol skuad ‘The Gladiators’ dijaringkan oleh Mohd Shukor Adan (minit ke-47); kapten pasukan Rezal Zambery Yahya (minit ke-65) dan penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-87.

Selangor PKNS pula menamatkan kemarau kekalahan selepas mengalahkan kelab dari Singapura, Lions XII, 1-0 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Mohd Nazrin Syamsul Bahari pada minit ke-78.

Penyerang Lions XII, Fazrul Nawaz turut dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit-minit akhir permainan selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan.

Sementara itu, juara bertahan Liga Super, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.

Skuad The Red Warriors terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Norfarhan Muhammad pada minit ke-37 sebelum penyerang import skuad ‘Harimau Selatan’, Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Perak pula mencatatkan kekalahan kedua musim ini selepas kalah 0-1 kepada Felda United di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Azmizi Azmi pada minit ke-41.

Terdahulu pada perlawanan sebelah petang, Terengganu dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

S. Kunalan dan Mohd Amri Yahyah menjaringkan dua gol awal untuk pasukan Gergasi Merah pada minit ketujuh dan ke-16 sebelum penyerang import skuad Penyu, Jean Emmanuel Effa Owona mengurangkan defisit jaringan, seminit kemudian.

 [content_block id=24879]

UTAMABERITAPahang Kekalkan Rekod Bersih Dalam Liga Super, Kalahkan Negeri Sembilan 2-1

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium