Kristian Mula Naik Tocang?

Bukan Masalah Saya Atau DAP-Guean EngKita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah, bila Islam atau orang Islam dihina mereka membisu, atau kalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. Contohnya apabila pemimpin DAP mengutuk tindakan orang Islam yang berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah SAW PAS membelanya atas alasan beliau bukan Islam dan tidak faham Islam.

Dan baru semalam, perkara yang hampir sama berlaku, apabila Patrick Teoh menyumpah-nyumpah di dalam laman sosialnya kerana tidak puas hati dengan larangan yang dikenakan dalam persembahan hiburan di Kedah. Walaupun larangan tersebut telah ditarik balik oleh PAS, seperti yang dijangka, tetapi kemarahan Patrick Teoh telah pun diluahkan dan sudah terlambat untuk beliau menafikannya.

Apa yang diluahkan oleh Patrick menggambarkan kebencian dan marah yang amat sangat, bukan terhadap tindakan PAS tetapi terhadap Islam kerana beliau tentunya turut terpedaya kononnya Islam itu PAS dan apa yang PAS lakukan pastinya selari dengan Islam.

Bishop Lega PAS Sokong Kristian Guna Kalimah AllahMudah kita menyalahkan PAS dalam hal ini, tetapi kita tidak harus mengenepikan hakikat kebencian dan kemarahan Patrick yang tulen dan asli, iaitu yang datang dari dalam lubuk sanubarinya terhadap Islam.

Mudah juga kita menepis dengan berkata Patrick bersikap demikian kerana tersalah faham mengenai Islam tetapi apakah ini benar? Kenapakah kita perlu memberi alasan bagi pihak Patrick sepertimana PAS sering memberi alasan bagi pihak DAP?

Terdapat kemungkinan bahawa kebencian Patrick terhadap Islam itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati? Jika benar, apakah semua penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? Sedangkan, kedua-dua agama menyeru kepada perdamaian, malah terdapat ayat khas mengenainya yang wajib dipegang oleh orang Islam iaitu ‘untuk mu agamamu dan untukku agamaku’.

Sekiranya kebecian seperti itu benar wujud maka tidak mustahil ia sedang merebak serta semakin membara di kalangan masyarakat Kristian. Dan kenyataan Patrick yang langsung tidak berlapik dan tidak berfikir panjang adalah bukti bahawa masyarakat Kristian semakin biadab kerana sengaja mencabar umat Islam agar berhadapan dengan mereka.

Cabaran ini dibuat kerana mereka melihat umat Islam semakin lemah. Apatah lagi apabila PAS yang kononnya simbol Islam itu sendiri asyik membuat U-turn, flip-flop dan terhegeh-hegeh membontoti Kristian DAP. Isu murtad, Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah ujian tertinggi dalam mencari ukuran tepat kekuatan Islam di Malaysia.

Patrick-Teoh-hina-islam-1Dan apa yang dapat dilihat ialah umat Islam begitu sukar untuk bersatu untuk mempertahankan kesemua isu yang melibatkan akidah ini, malah sanggup bertekak sesama sendiri kerana satu pihak enggan mempertahankannya. Hanya sehari dua ini, sejak bertahun-tahun lepas, PAS akhirnya turut bersetuju dengan UMNO bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab agama lain. Itupun tanpa mengakui kesilapan lalu dan tanpa menghulurkan tangan tanda berpegang pada pendirian yang sama dengan UMNO. Pendek kata, permusuhan dan perpecahan tetap kekal di kalangan umat Islam walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dalam isu ini.

Inilah yang UMNO khuatirkan sehingga memaksa parti itu beberapa kali sanggup merendah diri menghulur tangan persahabatan kepada PAS. Namun, setiap kali juga ditolak mentah-mentah oleh PAS sambil tangan mereka merangkul erat Kristian DAP. Mana-mana pemimpin PAS yang bernada sama dengan UMNO akan dipecat, ditekan atau dianak-tirikan, konon pembelot.

Lebih dahsyat lagi apabila Amanat Hadi yang menjadi akar kepada perpecahan ummah yang paling tragic iaitu sehingga menyebabkan pertumpahan darah, penceraian dan putus saudara masih terus terawang-awang, iaitu boleh dipegang atau boleh juga dilepaskan, terpulang kepada penyokong PAS itu sendiri. Selagi ia terawang-awang, selagi itulah penyatuan umat Islam menjadi sukar, malah mustahil. Apatah lagi apabila dicelah-celah itu, Nik Aziz juga telah menambahkan lagi arang dan minyak ke dalam Amanat ini dengan memberi gambaran bahawa UMNO murtad.

Atas semua yang berlaku inilah maka puak Kristian semakin naik tocang kerana mereka tahu, yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun mereka memijak-mijak AlQuran di hadapan mata PAS. Mereka yakin, pasti ada pemimpin PAS yang memberi alasan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dilakukan oleh bukan Islam yang tidak faham Islam. Lalu, umat Islam lain pun menjadi serba-salah kerana yang berkata demikian adalah PAS, dan PAS itu adalah Islam, mengikut fahaman mereka.

Apapun, Patrick Teoh tidak boleh dilepaskan begitu saja walaupun PAS mungkin akan berdemo membelanya. Kejahilan mengenai Islam bukan alasan kerana beliau tinggal di negara Islam dengan umat Islam sebagai majoriti. Patrick Teoh wajib meminta maaf, sebagai seorang yang bertamadun, berpelajaran dan sebagai Kristian yang baik.

Semoga episod ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada beliau, tetapi juga kepada semua Umat Islam dan rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan agama. Adalah penting untuk kita semua bersatu dan menghapuskan prasangka buruk serta kebencian sesama sendiri sebelum terlambat. Jangan membiarkan keghairahan pemimpin politik untuk berkuasa mempengaruhi pemikiran rasional kita. Kita telah hidup aman damai selama beberapa dekad, kenapa kita perlu menukar keadaan ini hanya kerana kebodohan orang-orang politik?

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...