Pembahagian Kerusi, Penentuan Calon BN Hampir Selesai – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden MCA yang juga Naib Pengerusi BN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn PWTC
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden MCA yang juga Naib Pengerusi BN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn PWTC

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga pengerusi BN berkata, parti itu juga sedang memberi tumpuan terhadap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum.

“Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya…seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.

“Semua parti komponen Barisan Nasional telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara…soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional hampir selesai.

“Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dekat sini, Khamis malam.

Najib berkata dari segi pemilihan calon, penelitian mendalam perlu diberikan bagi memastikan pilihan calon yang dibuat adalah tepat.

Katanya, calon BN yang akan bertanding bukan sahaja dilihat dari segi kebolehannya tetapi juga dari segi penerimaan penduduk di mana calon berkenaan bertanding.

Mengenai kemungkinan calon akan diumumkan lebih awal, Najib berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana ia masih dalam perbincangan.

“Kita akan tentukan dan nanti…kita akan maklumkan dengan melihat beberapa pandangan. Kita bincang tapi kita belum buat keputusan lagi,” katanya.

Najib menambah, setakat ini sokongan rakyat terhadap BN dilihat semakin meningkat tetapi BN tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan ini.

Ini kerana, katanya, dalam pilihan raya terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pengundi.

“Kita tak mahu bersikap terlalu selesa atau yakin seolah-olah tidak ada apa yang menggugat kita.

“Saya harap kita dapat gandakan usaha dan terus beri semangat serta keyakinan terhadap jentera BN,” katanya.

Diminta mengulas mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan pembubaran Dun Johor pada 21 Mac ini sebagaimana yang dianalisis oleh pihak media, Najib menjawab: “Ya saya tahu. Tak apalah Dun Johor (bubar) Dun Johorlah…Parlimen…Parlimenlah.”

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...