Krisis Tebusan Algeria: Tujuh Tebusan Terselamat Adalah Warga Belgium, Amerika, Jepun & British - pakdin.my

Algeria-troops-surround-Islamist-hostage-takersNOUAKCHOTT: Agensi berita AFP melaporkan hanya tujuh warga asing yang dijadikan tebusan oleh puak militan terselamat selepas pihak berkuasa Algeria melancarkan serangan balas di kompleks minyak dan gas di padang pasir In Amenas.

Puak militan berkenaan telah menjadikan 41 orang warga asing termasuk dua orang rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks cari gali minyak itu sebagai tawanan.

Mereka yang terselamat itu dikatakan terdiri daripada tiga orang warga Belgium, dua warga Amerika, seorang Jepun dan seorang lagi warga British.

Laporan awal menyebut serangan balas oleh pasukan tentera Algeria telah mengorbankan 34 daripada 41 orang tebusan berkenaan manakala 15 orang anggota puak militan itu turut terkorban.

UTAMABERITAKrisis Tebusan Algeria: Tujuh Tebusan Terselamat Adalah Warga Belgium, Amerika, Jepun &...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium