Salleh Cabar Anwar Beritahu Perkara Sebenar Kepada RCI Berhubung Pendatang Tanpa Izin Di Sabah - pakdin.my

anwar-bersilatKOTA BELUD, 22 Jan — Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya “beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.

“Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau “dalaman” itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat…jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

“Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya…apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini Selasa.

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.

UTAMABERITASalleh Cabar Anwar Beritahu Perkara Sebenar Kepada RCI Berhubung Pendatang Tanpa Izin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium