Polis Terima Tujuh Laporan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Islam - pakdin.my

Al Kitab
Al Kitab

GEORGE TOWN  — Polis menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata empat daripada laporan itu dibuat pelajar sekolah berkenaan manakala selebihnya oleh orang awam.

Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible itu kepada polis sebagai bahan bukti.

“Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Kegiatan pengedaran Bible kepada pelajar Islam secara terbuka itu didedahkan penduduk kawasan Jelutong Khamis lepas dan mereka turut merakam video perbuatan tiga lelaki dan seorang wanita itu di hadapan pintu sekolah di Jelutong.

Abdul Rahim berkata kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPolis Terima Tujuh Laporan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium