back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Serangan Balai Polis Chanae, Narathiwat: seorang anggota polis terbunuh, seorang cedera parah

    Sarjan Abduloh Makaseng (30 tahun), Ketua Pasukan Pencegah Jenayah Balai Polis Chanae, terbunuh akibat tembakan di kepala dan dada kanan.

    Pada 28 Mei 2024, kira-kira jam 08.39 pagi, sekumpulan penjenayah tidak dikenali bilangannya menyerang Balai Polis Daerah Chanae di Kampung 3, Tambon Janae, Daerah Janae, Wilayah Narathiwat, Selatan Thailannd menggunakan senjata api dipercaya M16 dan AK.

    Serangan berlaku semasa perhimpunan pagi.

    Dipercayai dimulakan dengan tembakan senapang sniper, mengenai seorang polis di bilik kawalan di tingkat tiga mengakbatkan anggota polis tersebut meninggal dunia.

    Penjenayah juga melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal di pintu masuk Balai Polis daerah Chanae sebanyak 20-30 das.

    Anggota tentera (Askar Wataniah), Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam (Or Ror Bor), dan polis dari Balai Polis Chanae bertindak balas dengan tembakan balas selama 15 minit, menyebabkan penjenayah berundur dan melarikan diri.

    Menurut maklumat awal:

    Sarjan Mejar Jesada Promrat (33 tahun), Ketua Pasukan Pencegah Jenayah Balai Polis Chanae, cedera parah akibat tembakan menembus dada kanan hingga ke belakang.

    Mangsa telah dihantar dengan segera ke Hospital Janae untuk rawatan. Butiran lanjut akan disampaikan oleh Leftenan Kolonel Polis Weerasak Poesalae, Ketua Balai Polis Chanae.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend