back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    ‘Cikgu Fadilah’ lapor polis, tak puas hati video seks tersebar

    Juruelektrik yang dikenali 'Abang Wiring' atau nama sebenarnya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan guru sekolah menengah, Nur Fadilah Zainal mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh.

    Cikgu Fadilah yang didenda atas kesalahan cuba melakukan perbuatan tidak bermoral dengan ‘Abang Wiring’ membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila mendapati video seksnya tersebar.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah ketika mengesahkan menerima laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

    Beliau berkata, wanita itu membuat laporan polis pada 24 Mei lalu.

    “Wanita itu tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar dan polis turut membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “Polis sudah memeriksa telefon bimbit guru terbabit dan ‘abang wiring’ namun tidak menjumpai video seks berkenaan yang dipercayai sudah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

    Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

    Semalam, juruelektrik yang dikenali ‘Abang Wiring’ atau nama sebenarnya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan guru sekolah menengah, Nur Fadilah Zainal mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh.

    Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar ke atas kedua-dua mereka yang berusia 31 tahun.

    Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika diminta mengulas status Nur Fadilah menjelaskan guru terbabit kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan tidak dipindahkan ke sekolah lain.

    “Tukar tugas ke Jabatan Pendidikan Negeri buat masa ini,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)