back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Lima maut nahas dua kenderaan di Jerantut

    Siasatan awak mendapati pemandu MPV berusia 37 tahun itu tiada lesen memandu.

    Satu kemalangan maut berlaku pada awal pagi Hari Raya Aidiladha apabila sebuah kereta dipercayai membuat pusingan U di persimpangan jalan lalu berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang datang dari arah bertentangan, mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian. Empat daripada mangsa adalah adik-beradik kandung dan seorang abang ipar.

    Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zulkifly berkata, nahas itu berlaku pada kira-kira jam 12.40 pagi tadi di KM 7, Jalan Jerantut ke Maran. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan sebuah kereta pelbagai guna (MPV).

    Mangsa yang maut dalam tragedi itu berumur antara 17 hingga 26 tahun dan semuanya berasal dari Bota, Perak.

    Beliau menyatakan, mangsa yang maut termasuk pemandu kereta Muhammad Ikmal (26 tahun), penumpang Nur Afiqah (23 tahun), Nurul Hazwani (17 tahun), Muhammad Azizul (19 tahun), dan Muhammad Zulkhairi (21 tahun) – semuanya maut di tempat kejadian.

    “Empat daripada mangsa yang maut adalah adik-beradik, manakala Muhammad Ikmal adalah suami kepada Nur Afiqah,” jelasnya.

    Beliau menambah, di dalam MPV pula terdapat tiga orang, termasuk seorang pemandu lelaki berbangsa Cina dan dua penumpang, iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Thailand.

    “Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan tetapi tidak serius. Siasatan mendapati pemandu berusia 37 tahun itu tiada lesen memandu,” kata Zulkifly.

    Berdasarkan siasatan awal polis, MPV itu sedang bergerak dari arah Maran menuju ke Jerantut ketika di lokasi kejadian, ia berlanggar hebat dengan sebuah kereta yang dipercayai sedang melakukan pusingan U di persimpangan jalan. Perlanggaran itu mengakibatkan tragedi lima kematian.

    “Kereta itu dipercayai tiba-tiba membuat pusingan U dari persimpangan, menyebabkan MPV yang datang dari depan tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.”

    Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu secara melulu yang mengakibatkan kematian).

    Kereta yang terlibat dalam nahas itu rosak teruk selepas berlanggar hebat dengan MPV.
    MPV yang terlibat dalam kemalangan tersebut
    Anggota bomba menyelamatkan pemandu dan penumpang yang terperangkap di dalam kereta

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend