RCI Patut Disambut Baik Semua Pihak - pakdin.my

apdalTAWAU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pihak termasuk parti pembangkang seharusnya menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Shafie berkata keputusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan RCI merupakan langkah tegas dan berani bagi mengatasi masalah yang sudah cukup lama dibangkitkan semua pihak di Sabah termasuk pihak pembangkang sendiri.

“Bila kita wujudkan, puak-puak ini (pembangkang) pula membangkang. Sepatutnya mereka menyambut baik. Sudah pasti ada positif dan negatif akan berbangkit daripada RCI ini. Itu siasatan, kebiasaannya ada pro dan kontra.

“Tapi yang penting kepada kita ialah ketegasan dan keberanian pimpinan kerajaan khususnya kepimpinan Datuk Seri Najib mewujudkan RCI.

“Walaupun kita tahu ini musim pilihan raya dan mungkin akan digunakan sebagai isu tetapi yang penting penyelesaiannya supaya tidak timbul kekeliruan dan manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha di sini Sabtu.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata RCI akan membuat rumusan dan mengemukakannya kepada pihak berwajib yang akhirnya akan disampaikan kepada Parlimen bagi menentukan bentuk penyelesaian yang perlu diambil agar perkara berkenaan dapat diselesaikan.

“Apa yang berlaku di Sabah ini sebenarnya bukan asing. Ia juga berlaku di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Apa yang penting sebagai negara yang berdaulat, pihak pemerintah yang ada mengambil tanggungjawab supaya pengurusan dan pentadbiran dapat disusun rapi supaya tidak menyulitkan generasi mendatang,” katanya.

Sehubungan itu, Shafie menasihatkan semua pihak supaya membiarkan RCI melaksanakan tugas dan tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik dan menyalahkan sesiapa semata-mata memancing undi lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

UTAMABERITARCI Patut Disambut Baik Semua Pihak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium