Balu Kanang Terharu Dikunjungi TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit menziarahi balu wira negara mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggat (kiri) di Kampung Sungai Apong Baru di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit menziarahi balu wira negara mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggat (kiri) di Kampung Sungai Apong Baru

KUCHING  — Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan betapa tersentuhnya perasaan Datin Brawang Chunggat, balu wira negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarganya di sini.

Muhyiddin, yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga harinya ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit di rumah Brawang di Kampung Sungai Apong Baru, Pending di sini.

“Saya sungguh gembira dan amat bersyukur kerana beliau (Muhyiddin) sudi datang menziarahi keluarga saya untuk menawarkan bantuan serta memberi kata-kata semangat,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan Muhyiddin itu.

Kanang – wira kebanggaan negara yang merupakan satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah tertinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan, dan pingat Panglima Gagah Berani (PG) – kerana keberaniannya, terutama dalam menentang komunis – meninggal dunia pada 3 Jan tahun ini dipercayai akibat sakit jantung.

Beliau berusia 68 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan balu mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggat ketika melawat keluarga pahlawan negara itu
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan balu mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggat ketika melawat keluarga pahlawan negara itu

Brawang berkata Muhyiddin mendengar dengan teliti permohonannya untuk mendapatkan bantuan kerajaan, termasuk sebuah rumah dan elaun bulanan bagi menyara keluarganya dan timbalan perdana menteri berjanji perkara itu akan diteliti pihak berkuasa berkenaan.

Kata Brawang, suaminya, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja, menerima pencen dan elaun bagi dua pingat keberanian yang diterimanya.

Sambil menyatakan beliau masih belum bersedia sepenuhnya dari segi mental dan kewangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kehadiran suaminya, Brawang berkata beliau berharap kerajaan akan bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Semasa kunjungan itu, Muhyiddin juga berbual-bual dengan anak Brawang, termasuk anak bungsu lelakinya Harrison Ketit, 16, pelajar Sekolah Vokasional Batu Lintang di sini, yang kelihatan gembira apabila menerima pemberian sebuah komputer riba daripada Muhyiddin untuk membantunya mengikuti pelajaran.

Brawang kemudian menghadiahkan Muhyiddin sebilah parang tradisional kaum Iban “parang ilang,” sebagai tanda terima kasih keluarganya kepada timbalan perdana menteri kerana sudi menziarahi mereka.

Antara orang kenamaan yang mengiringi Muhyiddin dalam kunjungan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing dan Pengerusi Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Panglima Briged Ketiga Infantri Brig Jen Datuk Redzuan Baharuddin dan Panglima Briged Kesembilan Infantri Brig Jen Datuk Stephen Mundaw.

Advertisement

spot_img

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

GPS takkan beri laluan...

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi...

[Video] Lelaki maut dalam...

BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang...

[Video] Viva di rempuh...

Kejadian berlaku di Stesen Minyak Petronas Demak Laut, Kuching,...

[Video] Rumah panjang terbakar,...

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam...

[Video] Mayat wanita ditemukan...

KANOWIT: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek terapung’ yang...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...