ANWAR TERSILAP FAKTA TENTANG LAWATAN PM @NajibRazak KE GAZA, PALESTINE.. - pakdin.my

wall

myKMU – Kita tentu tersenyum sinis apabila membaca laporan portal pro-pembangkang, Malaysian Insider tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengkritik usaha murni misi kemanusiaan DS Najib Razak ke Gaza, Palestine baru-baru ini.

Anda baca laporan tersebut :

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan hari ini lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Pemimpin de facto pembangkang itu membandingkan kesilapan perdana menteri terhadap Fatah dengan Presiden Mesir Mohammed Morsi dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdorgan yang mengiktiraf kedua-dua Hamas dan Fatah.

“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” kata Anwar merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Anwar mendakwa langkah terbaru Najib bermotifkan politik oleh kerana kerajaan tidak pernah mengiktiraf Hamas sebelum ini.

“Mereka melakukan kekhilafan… Dengan mencuba untuk memenangi umat Islam (di Malaysia), mereka terlupa untuk mengingati kepetingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin.

“Rabu lalu, Najib mengatakan lawatan ke Gaza adalah lawatan kemanusiaan dan tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan dalaman Palestin.

MiM tidak pasti siapakah yang menerangkan kepada Anwar Ibrahim tentang gerak kerja Najib Razak di Palestine tetapi sumber itu ternyata salah dan dek kerana itu, Anwar mungkin akan ditertawakan oleh rakyat.

Realitinya, Najib Razak telah menghubungi Abbas tentang lawatan kemanusiaan beliau di Palestine!

The Malaysian prime minister had reportedly telephoned Abbas and said he would ship humanitarian aid to the Gaza Strip and the West Bank, and would meet the president in Cairo, the statement added. Najib arrived imore

Malah, Najib Razak telah berkata bahawa beliau telah menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada wakil Fatah.

Sila rujuk :

On claims that Palestine President Mahmoud Abbas was uncomfortable about his visit to Gaza, Najib said it might have been misunderstood and he had explained to the Fatah representative here yesterday, that the latest issue was about the sufferings of the Palestinians in Gaza and not the West Bank.

“I could not visit Ramallah (in the West Bank which is controlled by Fatah) as its air space is under the control of Israel, which would not allow it unless we have diplomatic relations with Israel,” he said.

Najib said his original plan was to visit both areas (West Bank and Gaza) but this could not happen as there were restrictions in the West Bank. seterusnya

Kata mudah, Najib Razak tidak pernah pun menyebelahi mana-mana pihak, sama ada Hamas atau pun Fatah. Rasionalnya, tidak mungkin Najib Razak bertindak ‘kurang bijak’ dengan hanya berhubungan dengan satu pihak sahaja di Palestine..

Ianya tidak masuk akal kecuali mereka yang sengaja buat-buat tidak tahu perkara yang sebenarnya.

Malah, protokol luar negeri telah dipatuhi. Hanya faktor keselamatan sahaja yang tidak membolehkan Najib Razak melawat West Bank yang dikuasai oleh Fatah seperti yang dirancang pada awalnya.

Tentang dakwaan Anwar bahawa Hamas tidak diiktiraf ternyata kontradik dengan kenyataan Osama Hamdan, Ketua Perhubungan Awam Hamas. Pada 26hb November tahun lepas, Osama telah mengeluarkan kenyataan yang memuji keprihatinan UMNO dan kerajaan pusat terhadap kesengsaraan warga Palestine :

Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

“Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

“Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya seterusnya

Laporan-laporan yang MiM sertakan dalam entri ini menunjukkan bahawa Anwar tersilap apabila mengkritik Najib Razak.

Dalam masa yang sama, kita juga tentu mual dengan beberapa kepimpinan pembangkang lain yang cuba memperlekeh-lekehkan misi kemanusiaan Najib Razak. Perkara yang baik sepatutnya dicontohi bukannya dihina.

Sekarang timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pakatan pembangkang akan turut mengadakan misi kemanusiaan ke Palestine. MiM tidak tahu benar atau tidak tetapi bagus juga jika ada perancangan tersebut.

Mungkin pemimpin-pemimpin tertinggi pakatan pembangkang turut serta kali ini. Tidak kisah ianya meniru usaha murni Najib Razak, yang penting ialah keprihatinan kepada warga Palestine.

Lagi pun, nama UMNO dan kerajaan BN begitu sinonim dengan warga Palestine dari segi bantuan kemanusiannya dan moral support yang benar-benar signifikan dan diiktiraf. Seluruh rakyat pun tahu tentang usaha murni UMNO dan kerajaan BN selama ini.

UMNO dan BN juga tidak sesekali ‘support all the efforts to protect the security of the state of Israel’! BACA SINI

http://novandri.blogspot.com/2013/01/anwar-tersilap-fakta-tentang-lawatan-pm.html

UTAMAPOLITIKANWAR TERSILAP FAKTA TENTANG LAWATAN PM @NajibRazak KE GAZA, PALESTINE..

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium