KM Sabah Arah Siasat Kematian Gajah Borneo

gajah sabah 2KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah di Tawau baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana gajah Pygmy Borneo merupakan spesis terancam.

“Ia tidak boleh diterima. Saya mahu siasatan menyeluruh tentang perkara ini. Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Laurentius Ambu semalam bahawa 10 ekor gajah Borneo ditemui mati dalam tempoh dua minggu di hutan simpan di Tawau.

Laurentius dipetik sebagai berkata tujuh daripada gajah itu adalah jantan dan tiga betina dari satu kumpulan, yang seekor anak gajah berumur kira-kira tiga bulan didapati masih hidup di sisi seekor gajah yang dipercayai ibunya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun dilapor sebagai berkata penemuan kematian gajah-gajah itu di Hutan Simpan Gunung Rara merupakan hari paling sedih buat usaha pemeliharaan Sabah.

“Kematian gajah Borneo yang hebat dan terancam ini merupakan kehilangan besar kepada negeri ini. Walaupun agak awal untuk menunjuk sebab kematian, racun mungkin merupakan sebabnya,” kata beliau.

Melahirkan rasa terkejut, Musa berkata gajah-gajah ini merupakan sebahagian hidupan liar Sabah yang kaya dan eksotik dan perlu dilindungi.

“Orang ramai dari seluruh dunia datang semata-mata mahu melihat gajah-gajah ini. Adalah malang terdapat orang yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini,” katanya.

Advertisement

spot_img

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Bukan setiap hari...

Ayat biasa lepas kes tular… rompak harta rakyat, negara...

[Video] Pemandu selamat, lori...

KOTA BELUD: Lelaki nyaris rentung apabila lori 10 tan...

Azan Maghrib 4 minit...

TAWAU: Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal,...

Dicabul & Disamun Pemandu...

Seorang remaja terpaksa melompat keluar dari kenderaan e-hailing yang...

[Video] Angkara cemburu, wanita...

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...