Kalimah Allah hak Islam – Bekas Ketua Hakim Negara

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim

KUALA LUMPUR : Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.

Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya dari dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini.

“Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannnya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembangaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai.

“Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu pekara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini. Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat.

“Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslim apa ertinya kita sebagai seorang Muslim.

“Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...