Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Umumkan Dirinya Sebagai Calon - pakdin.my

konvensyen-bn-selangor

Selangordaily : Situasi di negeri Selangor hari ini belum ada jaminan lagi yang BN akan berjaya menawan kembali negeri berkenaan. BN masih perlu bekerja keras dan perlu tumpukan segala tenaga yang ada untuk memastikan kemenangan.

Soal siapa yang bakal menjadi calon atau sebagainya akan diputuskan oleh PM. Namun sejak kebelakangan ini apa yang sering dinasihat oleh PM seolah-olah tidak diendahkan oleh segelintir orang-orang BN.

Disaat kepimpinan tertinggi sedang memikirkan segala usaha dan strategi untuk menawan kembali Selangor, ada orang-orang tertentu yang bekerja untuk memecah belahkan parti atau mewujudkan puak-puak.

PM belum putuskan lagi siapa calon apatah lagi mengumumkan senarai calon, tetapi telah ada orang-orang tertentu yang mendahului PM dengan mengumumkan dirinya sebagai calon. Bukan setakat umumkan dirinya sebagai calon, malah telah mengadakan perarakan calon. Semua orang kampung telah diberitahu bahawa PM dan bosnya telah memilih beliau sebagai calon.

kharuddinOrang yang kami maksudkan adalah setiausaha sulit kepada Datuk Ahmad Maslan iaitu Mohamad Khairudin Bin Mohamad. Beliau telah mengumumkan kepada pengundi-pengundi di DUN Hulu Bernam, Hulu Selangor bahawa PM dan Datuk Ahmad Maslan telah bersetuju untuk beliau menjadi calon sehingga beliau mengadakan perarakan calon bermotosikal di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Apabila dia mengumumkan dirinya sebagai calon maka sudah tentulah akan berlaku kerja-kerja memburukkan orang lain termasuk penyandang sedia ada. Apabila itu berlaku maka sudah tentulah juga akan berlaku perpecahan. Apabila berlaku perpecahan apakah ia tidak menjejaskan peluang BN untuk menawan Selangor ?

Apabila dia terlalu yakin yang dia akan dicalonkan, tiba masanya dia tidak dicalonkan. Maka sudah tentu dia akan kecewa. Orang yang kecewa kebiasaannya akan mewujudkan satu lagi masalah pula kepada parti.

Kami bukannya tidak bersetuju untuk anda dicalonkan. Malah kami menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan. Tetapi janganlah mendahului pucuk kepimpinan dengan mengisytiharkan diri anda sebagai calon.

Tumpukan tugas anda sebagai pegawai kepada Datuk Ahmad Maslan. Banyak lagi tugas di Felda yang belum diselesaikan. Apabila telah terima surat daripada parti yang memaklumkan anda dicalon, hantarlah surat letak jawatan dan barulah boleh bercakap pasal nak bertanding dalam pilihanraya.

Semoga Datuk Ahmad Maslan dapat menasihati pegawainya agar menghormati kepimpinan parti dengan tidak memandai-mandai mengumumkan dirinya sebagai calon. Beritahu dia yang Datuk sendiri pun pasti akan dicalonkan, bagaimana pula dia boleh mengumumkan dirinya sebagai calon.

UTAMAPILIHAN RAYASetiausaha Sulit Timbalan Menteri Umumkan Dirinya Sebagai Calon

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium