BERITAALAM SEKITAR22 termasuk 12 anggota polis terperangkap kepala air di Pertak berjaya diselamatkan

22 termasuk 12 anggota polis terperangkap kepala air di Pertak berjaya diselamatkan

Semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat pada jam 7.50 malam

KUALA KUBU BHARU: 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, berjaya diselamatkan pihak bomba, sebentar tadi 4 September 2025.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang.

Katanya, operasi menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Daripada jumlah keseluruhan, 12 mangsa adalah anggota polis, manakala selebihnya orang awam,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau memaklumkan, semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat pada jam 7.50 malam.

Ahmad Mukhlis menegaskan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami