BERITAALAM SEKITAR 400 pengunjung berdepan cemas, 29 terperangkap kepala air di Kerling diselamatkan...

[VIDEO] 400 pengunjung berdepan cemas, 29 terperangkap kepala air di Kerling diselamatkan bomba

"Ketika kejadian, semua mangsa terbabit tidur di dalam khemah sebelum menyedari berlaku kepala air di kawasan berkenaan.

KERLING: Tindakan pantas berkumpul di kawasan selamat membolehkan 29 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kerling di sini, awal pagi tadi, diselamatkan anggota bomba tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada individu dipercayai kakitangan tapak perkhemahan berkenaan jam 5.47 pagi tadi.

“Ketika kejadian, semua mangsa terbabit tidur di dalam khemah sebelum menyedari berlaku kepala air di kawasan berkenaan.

“Mereka kemudian menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat berkumpul yang selamat sebelum dibawa keluar oleh pihak bomba.

“Kesemua mangsa terdiri daripada individu dewasa dan kanak-kanak, namun tidak dapat dipastikan jumlah mengikut jantina serta umur mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Muhammad Aslam berkata, tapak perkhemahan berkenaan mempunyai kawasan yang luar dan hanya satu lokasi terjejas dalam kejadian itu.

“Saya dimaklumkan arus deras dalam kejadian itu mengakibatkan beberapa khemah serta barang peribadi mangsa di kawasan terjejas dihanyutkan arus.

“Ketika kejadian, difahamkan terdapat kira-kira 400 individu berada di tapak perkhemahan itu. Namun, hanya 29 mangsa terperangkap yang diselamatkan anggota bomba.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini dan individu diselamatkan pihak bomba diserahkan kepada urus setia tapak perkhemahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 400 pengunjung sebuah tapak perkhemahan di Kerling, di sini, berdepan detik cemas apabila terperangkap akibat kejadian kepala air, awal pagi tadi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami