BERITAPOLITIK RM46.6 Juta Wang Rakyat Hangus – Ketelusan palsu Kerajaan

[VIDEO] RM46.6 Juta Wang Rakyat Hangus – Ketelusan palsu Kerajaan

Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Pada November 2023, kerajaan dengan begitu mudahnya menyewakan tanah berharga 75 ekar di Bandar Malaysia kepada SIM Malaysia Group — sebuah syarikat tersenarai di Singapura — untuk tempoh 15 tahun dengan opsyen sambungan 15 tahun lagi (total potensi 30 tahun).

Hanya 13 bulan kemudian, pada Disember 2024, kerajaan membatalkan perjanjian itu. Keputusan? Rakyat Malaysia terpaksa menanggung pampasan RM46.6 juta kepada syarikat Singapura tersebut.

RM46.6 juta. Wang rakyat. Hangus begitu sahaja.

Ini bukan kesilapan kecil. Ini pembaziran besar-besaran yang mencerminkan pengurusan aset negara yang longgar, tergesa-gesa dan tidak profesional.

### Soalan Keras yang Kerajaan Wajib Jawab:

– Kalau rancangan jangka panjang Bandar Malaysia masih kabur, kenapa tergesa-gesa menandatangani kontrak selama 30 tahun?
– Siapa yang meluluskan perjanjian bodoh ini?
– Siapa penasihat yang membenarkan keputusan sebegini?
– Siapa pula yang buat keputusan batalkan, lalu rakyat kena bayar mahalnya?
– Kenapa kerajaan Malaysia diam seribu bahasa dan rakyat hanya tahu tentang bayaran RM46.6 juta ini melalui laporan tahunan syarikat asing di Singapura?

Inilah masalah sebenar: Tiada ketelusan. Kerajaan suka bercakap soal reformasi, akauntabiliti dan tatatertib kewangan, tetapi apabila berdepan kesilapan sendiri, mereka pilih cara senyap dan bayar diam-diam.

Ini bukan cara mentadbir negara. Ini budaya “tandatangan dulu, batal kemudian, rakyat bayar kemudian”.

Tanah 75 ekar di lokasi strategik bukan aset biasa. Ia aset negara yang mesti dijaga dengan teliti, bukan diperlakukan seperti urusan sambil lewa. Ketiadaan semakan menyeluruh, penilaian risiko dan perancangan jangka panjang yang jelas telah menyebabkan rakyat rugi puluhan juta ringgit.

### Tuntutan Jelas:

1. Kerajaan mesti segera mengumumkan secara terbuka nama-nama individu dan agensi yang meluluskan perjanjian ini.
2. Dedahkan sepenuhnya sebab pembatalan dan justifikasi pampasan RM46.6 juta.
3. Wujudkan SOP ketat bagi semua perjanjian tanah dan aset strategik negara sebelum sebarang tandatangan dilakukan — termasuk penilaian risiko pembatalan dan potensi pampasan.
4. Hentikan budaya membazir wang rakyat untuk menutup kesilapan dalaman.

Wang rakyat bukan wang peribadi sesiapa. Ia wang yang dikutip daripada cukai pekerja, peniaga dan rakyat biasa yang susah payah.

Jika kerajaan benar-benar berani bercakap tentang reformasi, buktikan dengan tindakan. Bukan retorik kosong di depan kamera, sementara di belakang bayar pampasan berpuluh juta tanpa penjelasan.

Rakyat sedang memerhati.
Sudah cukup dengan budaya tidak bertanggungjawab ini.

===========
Komen Editoor:

Madani: Pakar Urus Negara atau Pakar Urus “Durian Runtuh” untuk Singapura?

Dengar cerita ini, rakyat Malaysia.

November 2023: Kerajaan Madani dengan penuh ghairah sewakan tanah Bandar Malaysia — projek mega bernilai berbilion ringgit — kepada syarikat Singapura untuk tempoh sehingga 30 tahun. Macam dah ada blueprint hebat, masa depan cerah, “win-win” kata mereka.

Disember 2024: Tiba-tiba perjanjian dibatalkan.

September 2025: Madani bayar pampasan RM46.67 juta. Wang tunai. One-off. Tanpa sebarang projek siap, tanpa manfaat kepada rakyat, tanpa apa-apa hasil kecuali satu: syarikat Singapura itu sedang ketawa terbahak-bahak.

Syarikat tersebut sendiri mengesahkan — pampasan “one-off” dari Bandar Malaysia menjadi penyumbang utama lonjakan keuntungan separuh kedua 2025 sehingga mencatat untung rekod tertinggi dalam sejarah mereka.

Maksudnya? Kita bayar duit rakyat supaya syarikat jiran boleh bagi dividen gergasi kepada pemegang saham mereka. Terima kasih, Madani. Sangat generous.

### Persoalan yang tak boleh elak:

Kenapa tergesa-gesa tandatangan perjanjian jangka panjang 30 tahun kalau “rancangan belum pasti”? Kerajaan mana yang buat macam ini? Ini bukan beli kereta second-hand. Ini tanah negara, projek ikonik yang sepatutnya jadi kebanggaan Malaysia. Tapi dirawat macam Tinder date — swipe right dulu, kemudian ghost dan bayar ganti rugi.

Kenapa pampasan sebesar itu dikeluarkan dengan begitu mudah, tanpa perlawanan keras, tanpa rundingan panjang, tanpa syarat balas? Kalau rakyat biasa hutang RM100 kepada kerajaan, mereka kejar sampai ke liang tikus. Tapi bila syarikat Singapura terlibat, duit RM46.67 juta keluar macam air — “ambil lah sayang, jangan marah”.

Ini bukan soal “pampasan biasa”. Ini durian runtuh. Dan duriannya jatuh betul-betul ke dalam tangan syarikat asing yang akhirnya catat keuntungan rekod.

Kita yang bayar. Mereka yang enjoy.

Apa sebenarnya hubungan istimewa ini? Kenapa Madani begitu baik hati dengan syarikat Singapura sehingga sanggup buat rakyat Malaysia telan pahit? Adakah ini “diplomasi ekonomi” atau sekadar kelemahan yang ditutup dengan wang rakyat?

Kerajaan suka cakap soal “kedaulatan”, “maruah negara”, “Malaysia Madani”. Tapi bila tiba masa nak jaga kepentingan negara dalam rundingan tanah bernilai berbilion, tiba-tiba jadi lembek macam tauhu. Lembut sangat. Sanggup bayar supaya orang lain senyum.

Kalau ada rakyat biasa yang nak deal macam ini pun boleh? Saya pun nak. Sewa tanah saya 30 tahun, batal, bayar saya RM46 juta, saya catat untung rekod, kemudian saya ucap terima kasih kepada Madani di media. Boleh?

Kerajaan Madani nampaknya mahir cipta satu jenis keajaiban: rugi negara, untung orang lain.

Dan kita, rakyat, terus jadi penanggung. Selagi kita diam, selagi itulah mereka terus “generous” dengan wang kita.

Pedas? Ini fakta. Tajam? Ini realiti. Skeptikal? Selepas tengok track record macam ini, kalau anda masih percaya bulat-bulat, silalah. Saya tak.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami