Di PKR, drama politik tak pernah kehabisan bahan.
Sementara Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali, dan pemimpin pemuda parti keluar dengan amarah kerana parti sudah “semakin jauh daripada asas perjuangan”, di pihak atasan pula berlaku perang saudara yang memalukan untuk rebut kerusi Parlimen Batu.
Nurul Izzah Anwar dicadangkan jadi calon.
Ramanan dan Fuziah pula mahu rampas kerusi itu daripada Prabakaran.
Semua tiba-tiba ghairah nak ke Batu.

Cuba tanya: Kenapa?
Kenapa mereka sanggup tinggalkan kerusi Parlimen yang sudah mereka menangi sekarang? Kerusi lama sudah tak cukup glamor? Atau Batu ada ‘kuasa sakti’ yang boleh menjamin jawatan lebih besar, projek lebih lumayan, dan imej lebih ‘progresif’?
Ironi ini sungguh memuakkan.
Di peringkat cabang, parti sedang runtuh — ketua cabang letak jawatan, pemimpin pemuda melompat keluar, akar umbi kecewa teruk. Tapi di tingkat kepimpinan, mereka berebut macam anjing berebut tulang untuk tanding di Batu. Seolah-olah asas perjuangan parti hanya terletak di satu-satu kerusi di Kuala Lumpur, bukan di hati ahli biasa.
Ini bukan perjuangan. Ini pasar malam jawatan.
“Ini soal prinsip!” kata mereka dulu.
Sekarang prinsip mereka nampak sangat fleksibel — ikut tempat kerusi yang ‘panas’.
PKR Batu sedang berdarah, tapi elit parti sibuk berebut siapa yang paling layak jadi ‘penyelamat’ — atau lebih tepat, siapa yang paling layak dapat kerusi empuk itu.
Lucu sungguh.
Tragis pun ada.
Semoga “Keadilan” yang mereka perjuangkan di Batu tidak sekeras “kezaliman” yang mereka lakukan terhadap ahli-ahli sendiri di peringkat cabang.
Kalau asas perjuangan sudah hilang, apa lagi yang tinggal? Hanya perebutan kerusi kosong nama.

