BERITAPOLITIK Satira Politik: Krisis karipap paling serius sejak Langkah Kajang

[VIDEO] Satira Politik: Krisis karipap paling serius sejak Langkah Kajang

KUALA SELANGOR: Suasana mesyuarat sebuah cabang parti politik di sini bertukar kecoh selepas berlaku pertikaian dipercayai berpunca daripada karipap berinti “oksigen” yang disediakan ketika sesi minum petang.

Menurut beberapa sumber yang enggan dikenali kerana masih mahu menikmati baki kuih yang belum dirampas, pergaduhan mula tercetus apabila beberapa ahli mendakwa karipap tersebut “langsung tiada inti”, namun pihak penganjur mempertahankan bahawa ia merupakan resipi baharu berkonsepkan “lebih sihat dan progresif”.

“Ini bukan kosong, ini inti oksigen premium. Konsep dia futuristik… makan sambil bayangkan isi,” kata seorang penyokong jawatankuasa makanan.

Difahamkan, keadaan mula tegang apabila seorang ahli senior bertindak membelah karipap itu di hadapan perwakilan sambil menjerit, “Ini bukan reformasi, ini penipuan pastri!”

Beberapa meja dilaporkan dialihkan manakala ada peserta cuba menenangkan keadaan dengan mencadangkan agar inti sebenar dibincangkan dalam biro ekonomi.

Sementara itu, seorang pemerhati politik tempatan menyifatkan insiden itu sebagai “krisis karipap paling serius sejak Langkah Kajang”.

“Biasanya orang gaduh pasal jawatan… kali ini pasal inti yang ghaib. Ini perkembangan baru dalam landskap politik negara,” katanya.

Bagaimanapun, pihak penganjur menafikan berlaku pergaduhan besar dan menegaskan situasi hanya melibatkan “perbezaan pandangan mengenai kandungan kuih secara demokratik”.

Mesyuarat akhirnya diteruskan selepas satu usul khas diluluskan supaya semua karipap selepas ini diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu unsur pepejal.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami