Dalam konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim cuba menarik perhatian rakyat Johor dengan menonjolkan pertumbuhan ekonomi negeri itu. Beliau menyifatkan Johor sebagai negeri yang sedang berkembang pesat berkat sokongan kerajaan Persekutuan.
Namun Anwar lupa, Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail, pernah memberikan respons yang tegas dan berfakta.
Baginda menekankan bahawa Johor menyumbang antara RM48 bilion hingga RM49 bilion hasil cukai kepada Persekutuan setiap tahun, tetapi hanya menerima semula kira-kira RM1.4 bilion sahaja — iaitu sekitar 2.85 peratus. Sebagai perbandingan, negeri lain seperti Pulau Pinang mendapat sehingga 20 peratus pulangan.
“Apabila 25 peratus daripada hasil cukai pendapatan Johor dikembalikan kepada Johor, negeri ini boleh berdiri dengan kakinya sendiri,” tulis Tunku Ismail dalam catatan Facebook pada Selasa (22 Julai 2025).
Kenyataan itu lahir daripada kekecewaan mendalam baginda terhadap penangguhan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang kini ditangguhkan ke Januari 2026, sedangkan ia sepatutnya dibuka bulan depan.
Persoalannya kini: Adakah kerajaan Anwar dan PH lebih selesa menjadikan Johor bergantung kepada bantuan pusat, atau benar-benar bersedia memberi ruang autonomi yang adil kepada negeri itu? Rakyat Johor semakin menyokong gesaan Tunku Ismail untuk keadilan dalam agihan cukai. Adakah Anwar akan menjawab cabaran ini dengan tindakan konkrit, atau terus dengan janji-janji yang biasa?
Rujukan:
https://berita.mediacorp.sg/dunia/penting-cukai-pendapatan-25-dikembalikan-kepada-johor-tunku-ismail

