BERITAPOLITIK Emosi meluap di pentas kuasa – Ucapan yang mengingatkan politik jalanan

[VIDEO] Emosi meluap di pentas kuasa – Ucapan yang mengingatkan politik jalanan

Politik emosi mungkin mudah mendapat sorakan segera

Seorang pemimpin yang sudah menduduki jawatan tertinggi negara dilihat berucap dengan penuh emosi dan kemarahan di hadapan khalayak. Video yang beredar menunjukkan beliau, yang mengenakan baju putih berlencana Harapan, berorasi di podium sambil menyoal dengan nada provokatif: “Melayu mana?”

Dalam ucapan tersebut, beliau terus bertanya sama ada orang Melayu boleh menerima “orang yang sakau”, orang yang memperkaya keluarga mereka manakala rakyat hanya mendapat “berpuluh ringgit”, serta kes di mana seseorang yang pernah dihukum kerana melibatkan berpuluh bilion kemudian diangkat semula. Beliau turut mengangkat tangan dengan penuh semangat sebelum mengakhiri dengan seruan “Kita nak Melayu bermaruah.”

Ucapan ini penuh dengan nada marah, gerak tubuh yang dramatik, dan gaya retorik yang tajam – ciri yang lebih mengingatkan kepada demonstrasi jalanan daripada pidato seorang negarawan di pentas rasmi.

Walaupun sudah menjadi Perdana Menteri, ucapan beliau lebih dipenuhi emosi dan kemarahan daripada ketenangan seorang negarawan. Yang kelihatan hanyalah budaya politik jalanan yang masih belum ditinggalkan. Mungkin kerana parti yang lahir di jalanan terlalu lama terbiasa dengan sorakan, laungan dan amarah, sehingga bila berada di tampuk kuasa sekalipun, pentas pentadbiran masih dianggap seperti pentas demonstrasi.

Negara tidak dibina dengan emosi yang meluap-luap. Ia dibina dengan kebijaksanaan, kestabilan dan kematangan dalam memimpin. Apabila pemimpin tertinggi masih menggunakan gaya provokasi dan emosi berapi-api untuk menyentuh isu sensitif seperti maruah Melayu, ia bukan sahaja mencerminkan kekurangan kematangan, malah berpotensi memperdalamkan polarisasi dalam masyarakat.

Politik emosi mungkin mudah mendapat sorakan segera, tetapi ia jarang menghasilkan penyelesaian jangka panjang. Malaysia memerlukan kepimpinan yang mampu menenangkan, menyatukan dan membawa kemajuan dengan kepala yang dingin, bukan dada yang panas. Maruah Melayu — dan maruah negara — sebenarnya lebih terpelihara apabila pemimpinnya menunjukkan teladan kematangan, bukan sekadar laungan di podium.

Morally disorder – kekacauan moral dalam politik bukan datang daripada rakyat biasa, tetapi daripada pemimpin yang gagal meninggalkan budaya lama walaupun sudah berada di puncak kuasa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami