Dalam era “Madani” yang kononnya penuh keharmonian, kebenaran dan semangat memerangi pembohong, satu drama sinis baru sahaja terbongkar.
Menteri Komunikasi Yang Berhormat Fahmi Fadzil, jaguh utama yang selama ini rajin mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, telah dengan penuh ghairah menekan butang “repost” pada maklumat daripada akaun MayaAlesa. Kandungannya? Datuk Seri Rafizi Ramli kononnya bayar RM8.6 juta untuk “beli” parti politik baharu. Bukan main hebatnya!
“KAYA BETUL RAFIZI BELI PARTI BERSAMA MALAYSIA RM8.6 JUTA!…more”
Maklumat yang “panas” itu ternyata tak pernah disentuh portal Sebenarnya.my yang selama ini dijadikan Bible rasmi kerajaan. Tapi siapa peduli? Menteri kan sibuk scroll.
Bekas Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad pula, yang mungkin bosan dengan suasana persaraan politiknya, terus bangun berdiri macam hero keadilan. Beliau mendesak SKMM ambil tindakan tegas terhadap rakan separtinya sendiri. “Kenapa tak rujuk Sebenarnya dulu?” jerit beliau, seolah-olah portal itu adalah satu-satunya tempat kebenaran di dunia ini.
Rakyat biasa hanya mampu geleng kepala sambil ketawa sinis dalam diam.
Dulu, kalau netizen biasa atau ahli pembangkang share satu screenshot yang tak “sesuai”, SKMM laju macam kilat buka kertas siasatan. Kadang-kadang kereta polis pun datang rumah untuk “jemput” sesi soal siasat yang penuh teh tarik dan nasihat mesra “jangan ulang lagi ya”.
Tapi kali ini? Menteri kabinet sendiri yang terperangkap.
Jadi soalan jutaan ringgit yang tergantung di bibir rakyat ialah: **Bila kereta polis akan parkir cantik di hadapan rumah Fahmi?**
Bila beliau akan dipanggil ke balai untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia? Atau adakah ada “exemption khas” untuk ahli kabinet? Mungkin arahan dalaman “Ini hanya repost, bukan ciptaan asal. Kes tutup.”
Ini lah keindahan politik Malaysia yang sebenar. Satu undang-undang untuk rakyat jelata. Satu “panduan mesra” untuk yang berkuasa. Sementara itu, portal Sebenarnya.my mungkin sedang “maintenance” untuk kes-kes dalaman parti.
Kita tunggu aksi seterusnya. Esok lusa, adakah Fahmi akan bagi sidang media dengan muka serius berkata, “Saya tak tahu apa-apa. Saya hanya scroll je”?
Rujukan: Will MCMC probe Fahmi for reposting RM8.6m Bersama takeover claim ≈
#FakeNewsForAll #SebenarnyaAdaTapiTakUntukKita

