NASIONALNAHAS & BENCANA Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus sungai di Sungai Nilam,...

[VIDEO] Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus sungai di Sungai Nilam, Hulu Selangor

Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus dalam kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Selangor hari ini 27 Mei 2026.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1 40 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.

“Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan. – pakdin.my [melaporkan dari Kalumpang]

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Mengenai kami