Operasi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki yang terjatuh ke Sungai Bernam, Kampung Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Selangor memasuki hari kedua dengan pencarian hari ini diperluaskan hingga tiga kilometer.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata hingga jam 11 pagi tadi pasukan SAR masih mencari Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam, 10.
“Pasukan bertugas membuat pencarian di permukaan sungai dalam radius tiga kilometer dari lokasi Pos Kawalan Bomba (PKB) dengan dibantu agensi lain termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River.
“Turut bersama adalah Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Anjing Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Aakif Imran dikatakan terjatuh semasa bermain di tebing sungai dan dihanyutkan arus.
Difahamkan, pakaian mangsa semasa kejadian adalah baju lengan pendek berwarna merah jambu dan seluar pendek berwarna hitam.