UtamaPOLITIKPILIHAN RAYABN Perlu Berusaha Dapatkan...

BN Perlu Berusaha Dapatkan Majoriti 2/3 Dalam PRU13 – Dr Mahathir - pakdin.my

“Pentadbiran harus membariskan calon ‘winnable’ (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana UMNO tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu,” Dr Mahathir

PRU 13KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul.

“Pentadbiran harus membariskan calon ‘winnable’ (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana UMNO tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk ‘Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Sabtu.

Jelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN. “Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu kongsi). Bukan macam Pakatan Rakyat. Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana.

“PAS tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata sesetengah pemimpin UMNO telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu.

“Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu,” katanya.

Ditanya sama ada orang Melayu sudah kehilangan kuasa, Dr Mahathir berkata: “Orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah. Dalam sebuah demokrasi, jumlah terbesar ialah yang kuasai keadaan. Bila dia berpecah dan melawan sesama sendiri, mana boleh berkuasa.

“Sekiranya orang Melayu suka hilang kuasa, mereka boleh ‘give up’. Ada orang Melayu yang tidak suka melihat orang Melayu berkuasa, sebab dia sudah dapat semua, biasiswa, kerja dan lain-lain, apa peduli orang lain”.

Ditanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan. “Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan,” terang beliau.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara.

Beliau berkata emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak.

Katanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. “Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Perlembagaan Negara mesti dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa oleh seluruh rakyat Malaysia.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...