Piala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir - pakdin.my

selangor-sabah piala fa 2KOTA KINABALU  — Selangor menampilkan persembahan bertenaga sebelum muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir Piala FA 2013 dengan mengetepikan Sabah 3-0 pada pertemuan pusingan kedua di Stadium Likas, di sini, Selasa.

Pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe, menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47, hasil sepakan percuma Solihin Kanasian di luar kotak penalti.

Penyerang berusia 27 tahun itu kemudian menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor bagi menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa’ari.

Terdahulu itu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.

Dalam saingan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu pemenang antara Kedah dan Johor Darul Takzim pada 26 Feb ini.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan aksi memberangsangkan.

selangor-sabah piala fa 1

UTAMABERITAPiala FA: Selangor Muncul Pasukan Pertama Tempah Tiket Suku Akhir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium