NASIONALSABAH#CerobohSabah: Kejadian Di Lahad Datu Tidak Jejas Kehidupan Penduduk Kampung

#CerobohSabah: Kejadian Di Lahad Datu Tidak Jejas Kehidupan Penduduk Kampung

#CerobohSabah: Kejadian Di Lahad Datu Tidak Jejas Kehidupan Penduduk Kampung
Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia bersiap sedia mengawal keselamatan

LAHAD DATU  — Kejadian sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api mendarat dengan bot di persisiran pantai di sini pada Selasa, tidak menjejaskan kehidupan penduduk di Kampung Tambisan.

Kampung yang dihuni penduduk yang bekerja sebagai nelayan itu adalah antara kampung yang terletak berhampiran kawasan kumpulan rakyat asing itu mendarat di Kampung Tanduo.

Ketua Kampung Tambisan Abdul Majid Jamdi, 74, berkata beliau ada mendengar mengenai kumpulan bersenjata berkenaan mendarat di kawasan Kampung Tanduo.

Beliau berkata penduduk di sini menjalani kehidupan seperti biasa dan insiden itu tidak menjejaskan kehidupan penduduk kampung termasuk keluar menangkap ikan.

“Kami yakin pasukan keselamatan mampu mengawal keadaan keselamatan dengan baik dan melakukan kawalan dengan ketat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Tambisan Khamis.

Kampung Tambisan terletak di kawasan Tungku berhampiran Felda Sahabat yang jarak perjalanan dari Lahad Datu menggunakan kereta mengambil masa tiga jam perjalanan dari sini.

Kampung itu dihuni kira-kira 1,500 penduduk dari suku kaum Sulok dan Bajau.

Bagi Abdullah Muhammad, 64, Imam di Surau Kampung Tambisan, beliau tidak mengetahui atau mendengar mengenai kejadian itu.

Namun, beliau yakin pasukan keselamatan mampu mengawal keadaan dengan baik tanpa menjejaskan keselamatan penduduk di daerah ini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami