Rakyat Jangan Mudah Terpedaya Tohmahan Pembangkang – BN - pakdin.my

PRU13SUNGAI PETANI  — Parti pembangkang tidak boleh diberi peluang untuk mentadbir negara ini kerana mereka gagal menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum lepas dan sebalik mereka lebih suka menabur fitnah terhadap Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan yang dilempartkan oleh pemimpin pakatan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Seruan tersebut dibuatkan oleh beberapa pemimpin parti komponen BN semasa berucap pada majlis perasmian program Gelombang Biru di padang awam Taman Ria Jaya, di sini, Sabtu.

Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat Kedah tidak perlu ragu-ragu untuk bersama-sama kepimpinan BN jika tidak mahu masa depan negara tergadai di tangan pembangkang.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata mandat selama lebih empat tahun yang diberikan oleh rakyat kepada pembangkang di Kedah adalah satu peluang sementara dan BN akan kembali mentadbir negeri itu selepas PRU ke-13.

Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata sikap toleransi masyarakat pelbagai kaum dan kewibawaan pemimpin BN menjadi antara faktor Malaysia mencapai kejayaan dan kemajuan dalam tempoh singkat berbanding negara maju yang lain.

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan dalam ucapannya berkata negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan makmur dan bersatu boleh hancur dalam tempoh sehari jika tidak dijaga dengan baik dan mendengar dakwaan negatif pembangkang.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata pemimpin pakatan pembangkang tidak menepati janji mereka kepada rakyat dan hanya mementingkan kuasa.

UTAMAPILIHAN RAYARakyat Jangan Mudah Terpedaya Tohmahan Pembangkang - BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium