Nik Aziz Perjelas Kenyataan Penerima BR1M Sebagai Haiwan - pakdin.my

Nik Aziz memberi lembu dan yam makan? boleh begitu?
Nik Aziz memberi lembu dan yam makan? boleh begitu?

Nik Aziz berkata kerajaan PAS Kelantan menggunakan ilmu agama untuk menarik sokongan, termasuklah ilmu yang membenarkam penerimaan PERTOLONGAN SYAITAN ..
https://youtube.com/watch?v=WpzlCWRfhtk

Maka selama ini pengganut PAS yang menerima bulat-bulat ‘fatwa’ Nik Aziz bolehlah disamakan seperti lembu dan ayam kerana melantak SUBSIDI bahan keperluan asas.Nik Azz jangan lupa Sabda Rasulullah saw “Hampir-hampir kefakiran itu menyebabkan kekufuran”. Rakyat yang susah juga perlu diberikan BANTUAN atau HABUAN hasil kemewahan negara. Itu hak rakyat. Ilmu juga sudah diberi malahan ramai pengganut PAS mendapat ilmu dari sistem pendidikan negara.

Mengapa Nik Aziz harus meroyan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat?

Adakah bantuan dari wang zakat kepada rakyat yang berhak (asnaf), penerimanya boleh disamakan seperti ayam dan lembu?
 

+++++

Nik Aziz Perjelas Kenyataan Penerima BR1M Sebagai Haiwan
KOTA BAHARU, 23 Feb (Bernama) — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.

“Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini Sabtu.

Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.

Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

UTAMAPOLITIKNik Aziz Perjelas Kenyataan Penerima BR1M Sebagai Haiwan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium