NASIONALSABAHCeroboh Lahad Datu: Aquino kecam tindakan Sultan Sulu

Ceroboh Lahad Datu: Aquino kecam tindakan Sultan Sulu

Ceroboh Lahad Datu: Aquino kecam tindakan Sultan Sulu
Tentera Kesultanan Sulu

MANILA – Tindakan kumpulan Azzimudie menggunakan senjata dalam menuntut Lahad Datu di Sabah dianggap sebagai tindakan tidak rasional.

Presiden Filipina, Benigno Aquino berkata, tindakan ini dilihat sebagai cubaan memprovokasi Malaysia dalam menghadapi pertikaian terhadap wilayah itu.

“Jika mereka menggunakan senapang, sudah tentu pihak lain akan melakukan perkara sama sebagai tindak balas dan ini seperti mencabar pihak yang satu lagi,” katanya.

Aquino berkata, tindakan kedua-dua negara menggunakan kekerasan tidak boleh menyelesaikan masalah ini.

“Saya telah meminta Sultan Jamalul Kiram dan pengikutnya supaya menyelesaikan masalah ini secara aman,” katanya.

Menurutnya, kerjasama di kalangan semua entiti adalah penting dalam mencapai resolusi dan kemudiannya boleh menjadi penyelesaian jangka panjang.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa Malaysia tidak akan memberikan Sabah tanpa sebarang pertarungan atau peperangan.

“Kami tidak mahu berperang dengan Malaysia kerana negara itu banyak membantu Filipina, terutamanya dalam perjanjian Barisan Pembebasan Islam Moro, “ katanya.- The Philipine Inquir

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami