UtamaNASIONALBR1M Hasil Perancangan Kerajaan...

BR1M Hasil Perancangan Kerajaan BN Ke Arah Mantapkan Ekonomi – @Khairykj - pakdin.my

kj
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bersama sebahagian daripada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk golongan bujang di Majlis Pembandaran Manjung (MPM) di Manjung, Perak

LUMUT: Pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sememangnya menjadi hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), yang mempunyai perancangan berbeza ke arah kemantapan ekonomi, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata BR1M juga merupakan impak positif transformasi ekonomi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan gimik atau umpan kepada rakyat menjelang pilihan raya.

“BR1M telah diberi sejak tahun lepas… kalau ini umpan untuk pilihan raya, kerajaan BN beri tahun ini sahaja,” katanya pada majlis penyampaian BR1M kepada golongan muda di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Ahad.

Khairy turut menafikan dakwaan wang BR1M adalah daripada hutang negara atau kutipan saman trafik.

Beliau juga berkata pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan baik juga berasaskan kepada situasi politik negara yang stabil, malah keadaan memberangsangkan ini turut memberi nilai dan makna kepada golongan berpendapatan sederhana.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, berkata pemberian BR1M, Baucar Buku serta Bantuan Awal Persekolahan adalah bukti ‘janji ditepati’ kerajaan BN dan ini berbeza dengan pembangkang di Selangor yang membuktikan ‘janji dikhianati.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melancarkan Skuad Gempur Pemuda BN Parlimen Lumut. –

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...