UtamaBORNEOSABAHMusa Aman yakin BN...

Musa Aman yakin BN Sabah menang besar - pakdin.my

Musa Aman
Musa Aman

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini namun dengan kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu, pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu.

“Saya lihat semangat penyokong kita termasuk Wanita Barisan Nasional Sabah berkobar-kobar untuk turun padang bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional.

“Saya yakin, dengan ada kesepaduan dan kerjasama semua termasuk Wanita BN yang bekerja siang dan malam untu memantapkan jentera pilihan raya, InsyaAllah kita memperolehi kemenangan besar di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program “Gelombang Biru”  Wanita BN Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, dekat sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen apabila hanya kalah di kerusi DUN Sri Tanjung di Tawau dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

Mengenai saranan Wanita BN agar lebih ramai wanita diberi peluang diketengahkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang, Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.

“Tentu sekali ada di kalangan wanita yang menjadi calon BN di Sabah, namun jumlahnya kita serahkan kepada YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memutuskannya,” katanya, sambil menambah BN negeri menghargai sumbangan dan peranan dimainkan Wanita BN dalam membantu memperkasakan jentera pilihan raya BN.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan,  Musa berkata kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan kerana menghina rakyat yang memerlukan bantuan.

“Pemberian BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 dibuat dengan niat baik Perdana Menteri kita iaitu untuk menolong atau meringan beban rakyat. Kita patut bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang baik hati dan berjiwa rakyat,” katanya.

Mengenai pengumuman peruntukan projek pembangunan di beberapa kawasan di Sabah yang dibuat semasa lawatan Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini baru-baru ini, Musa berkata amalan seumpama itu sudah lama dipraktikkan dan bukan hanya menjelang pilihan raya umum.

“Sebelum ini pun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sering mengumumkan peruntukan yang diminta oleh rakyat terutama di tempat-tempat yang mereka lawati,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Musa mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan kempen pembangkang yang terus mengkritik kerajaan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Pembangkang hanya pandai berbohong dan menipu rakyat. Saya harap rakyat bijak menilai dan seterusnya menyokong BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...