UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAASLI Ramal BN Terus...

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa - pakdin.my

logo_asliPilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR.

Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN.

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU 13.

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN.

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN.

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri.

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam.

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen.

Berdasarkan kajian intensif BN itu, pada PRU 13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala PAS pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak.

Pastinya semua kenyataan ini agak pahit untuk diterima PR, namun tidaklah sepahit mana jika mereka menyedari kejayaan PR dalam PRU 12 2008 dulu hakikatnya adalah hasil sumbangan undi protes oleh sejumlah besar pengundi-pengundi BN.

Walau apa pun, para pemimpin BN dan jenteranya tetap tidak boleh mengambil mudah dengan trend semasa yang semakin memihak kepada BN sekarang. Senario boleh berubah sekiranya sesaat sahaja BN terleka, justeru itu terus gandakan usaha supaya matlamat kemenangan dua pertiga dapat direalisasikan.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...