Pencerobohan Lahad Datu: Dua Komando Polis Di Khuatiri Maut Terkena Serangan Mortar, 2 Anggota Tentera Cedera - pakdin.my

Mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu
Mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu

Update:

Anggota polis yang terkorban adalah

1. INSPEKTOR ZULKIFLI MAMAT

2. SARJAN SABARUDIN.

ALFATIHAH

LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada Jumaat.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada pukul 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Dua Anggota Tentera Cedera Dalam Insiden Tembakan
lahad datu-ambulan
SEBUAH ambulans dilihat berada di Felda Sahabat, lokasi insiden tembakan berlaku diantara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh bersenjata Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah

LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.

Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari pada Jumaat.

Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.

lahad datu ambulans_new
Trak polis membawa mayat dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo
UTAMABERITASABAHPencerobohan Lahad Datu: Dua Komando Polis Di Khuatiri Maut Terkena Serangan Mortar,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium