NASIONALSABAHPencerobohan Lahad Datu: PM Sahkan Dua Komando Terbunuh, Kesal Pertumpahan Darah

Pencerobohan Lahad Datu: PM Sahkan Dua Komando Terbunuh, Kesal Pertumpahan Darah

Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo

PEKAN: Perdana Menteri mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara pasukan tentera Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.

“Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.

“Sekarang tidak ada tempoh tangguh untuk kumpulan untuk pergi.

“Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang perlu difikirkan perlu,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami