#CerobohSabah: Anwar perlu hentikan ‘sandiwara saman’ – Saman Inquirer News, Reuters dan agensi perisikan Filipina - pakdin.my

anwar-manila sahkan terlibatKUALA LUMPUR   – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyaman Inquirer News, Reuters dan agensi perisikan Filipina terlebih dahulu berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Utusan Malaysia hanya merujuk kepada laporan yang dibuat oleh ketiga-tiga pihak tersebut.

“Anwar harus menghentikan ‘sandiwara saman’ sebab rakyat sudah muak dengan taktik lapuk ini.

“Saya juga yakin apa yang dilaporkan oleh agensi perisikan Filipina tentang penglibatan Anwar pastinya benar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan peguam, N. Surendran yang mengesahkan Anwar akan mengambil tindakan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan yang didakwa mengaitkannya dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu itu.

UTAMABERITASABAH#CerobohSabah: Anwar perlu hentikan 'sandiwara saman' - Saman Inquirer News, Reuters dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium