UtamaBORNEOSABAH#CerobohSabah: Rakyat Perlu Sokong...

#CerobohSabah: Rakyat Perlu Sokong ATM Gempur Penceroboh - pakdin.my

Semporna-21RAMD-Briged8-Bantuan1Krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang sudah masuk minggu keempat ini akan sampai ke kemuncaknya jua setelah pendekatan berlembut melalui rundingan demi rundingan dan tolak ansur langsung tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini sedang berada dalam keadaan siap siaga untuk bila-bila masa sahaja melaksanakan operasi membanteras kumpulan penceroboh di Lahad Datu bagi menumpaskan kesemua pengganas yang mengaku sebagai ‘tentera Kesultanan Sulu’.

Beberapa batalion pasukan keselamatan sudah pun berada di bumi Sabah bagi mengembalikan hak ketenteraman rakyat negeri itu yang sedikit tergugat gara-gara pencerobohan tersebut.

Tindakan ketenteraan ini terpaksa juga diambil berikutan pertumpahan darah yang selama ini cuba dielakkan atas nama kemanusiaan ternyata dipandang sepi oleh kumpulan penceroboh, apatah lagi bila mana 8 nyawa di pihak anggota keselamatan telah terkorban sejak dua tiga hari lalu.

Sementara itu, dukungan dan sokongan masyarakat setempat tika ini amat diperlukan bagi menjayakan operasi penting ini. Ia menuntut kerjasama yang tinggi lebih-lebih lagi segelintir daripada kumpulan penceroboh ini mungkin merupakan penduduk tempatan dan ada juga yang menyamar sebagai penduduk setempat.

Sebarang maklumat musuh perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, manakala apa sahaja pergerakan anggota keselamatan yang bertugas perlu disembunyikan dan elakkan dari penyebaran kerana dikhuatiri akan menyebabkan musuh mengintai peluang memasang perangkap.

Satu contoh bentuk kerjasama yang mantap ditunjukkan oleh rakyat Sabah yang wajar dijadikan ikutan ialah kejadian yang berlaku di kampung Sri Jaya, Simunul, Sampoerna beberapa hari lalu.

Seorang penceroboh yang merupakan pengikut MNLF dan terlibat dalam kejadian pembunuhan 6 orang anggota polis dalam serangan hendap sebelumnya telah berjaya dibunuh oleh penduduk setempat.

Keberanian mereka bertindak sedemikian sesungguhnya amat dialu-alukan demi mengembalikan semula ketenteraman negeri dan negara yang dicintai sekaligus menafikan dakwaan kumpulan penceroboh kononnya rakyat sabah menyokong mereka.

Sementara menanti saat genting yang akan menentukan hidup dan mati anggota pasukan keselamatan kita ini, sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan urusan jihad ke arah mengembalikan ketenteraman ini beroleh kejayaan.

Mereka semua sanggup meninggalkan kampung halaman masing-masing dan datang dari pelusuk negara termasuk dari Semenanjung dan Sarawak, membuktikan ikatan persaudaraan kita rakyat Malaysia sentiasa terjalin erat.

Jika ada individu atau kelompok yang cuba memperlekehkan jasa bakti pengorbanan anggota keselamatan kita, tentu sahaja mereka itu agen atau kelompok yang perlu ditentang malah tak mustahil mereka termasuk dalam golongan penyokong kumpulan penceroboh.

Maka wajar bagi kita selaku rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai jati diri menentang mereka, tidak di kira sama ada ketika berdepan mata atau sewaktu golongan itu cuba bermaharajalela dalam dunia maya sekali pun.

Inilah masa dan detiknya yang akan menguji sejauh mana kuatnya semangat patriotisme kita semua, justeru itu seluruh rakyat tanpa mengira yang berada di Sabah, Sarawak mahupun di semenanjung, ayuh semua sama-sama mendukung dan menyokong pasukan keselamatan kita.

Ingat!!! Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...