UtamaBORNEOSABAHTAHNIAH KEPADA SEMUA PERWIRA...

TAHNIAH KEPADA SEMUA PERWIRA DI LAHAD DATU #CerobohSabah - pakdin.my

【圖話故事:軍人埋伏】一名大馬軍人正在油棕園內埋伏,準備襲擊敵方軍人Sejak dari pagi tadi, semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang mendebarkan dan cemas menantikan perkembangan terkini berhubung tindakan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu. Masing-masing tidak berhenti berdoa dan amat mengharapkan agar tiada lagi anggota keselamatan yang bakal terkorban. Tambah menarik tumpuan, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan rasmi semalam, berhubung tindakan pasukan keselamatan yang telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Walaupun rata-rata merasa lega dan gembira atas keputusan tersebut, namun kita sedar ia merupakan satu keputusan yang sukar oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana sejak bermulanya episod pencerobohan ini, pihak kerajaan telah mencuba sedaya upaya agar dapat menyelesaikan konflik ini tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.

Ia dibuktikan dengan beberapa siri pertemuan dan rundingan yang diadakan dengan harapan para penceroboh bersetuju untuk keluar dengan aman. Namun seperti kata pepatah, madu yang dihulur oleh pihak kerajaan dibalas dengan racun, bilamana kumpulan penceroboh bertindak untuk memulakan serangan sehingga mengorbankan 8 orang pegawai dan anggota keselamatan negara.

Susulan dari itu, kerajaan terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Mengikut perkembangan terkini yang diperolehi dari laman sosial PDRM, mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif yang dilakukan itu.

Ternyata kepercayaan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap PDRM dan ATM selama ini tidak sia-sia. Oleh yang demikian, semua anggota keselamatan yang telah menjalankan tugas sepanjang tragedi ini wajar dinobatkan sebagai perwira negara. Ini kerana jasa dan pengorbanan mereka amatlah besar dalam memastikan rakyat terus mampu mengecapi keamanan di negara yang bertuah ini.

Tidak dilupakan juga, salam takziah kepada seluruh kaum keluarga mereka yang telah terkorban sepanjang operasi ini berlangsung. Sesungguhnya majoriti rakyat Malaysia amat bersimpati dan turut merasai kesedihan mereka ketika ini, dan percayalah pengorbanan perwira negara ini bukanlah satu pengorbanan yang tidak sia-sia. Ia akan tetap dikenang dan tercoret dalam lipatan sejarah negara untuk tatapan generasi akan datang.

Namun apa yang menyedihkan, masih terdapat sekelompok kecil masyarakat di negara ini yang biadap dan tidak berterima kasih malah sanggup mencemuh serta menghina para perwira negara ini. Sedangkan pada ketika ini, semua lapisan masyarat perlu bersatu hati untuk memberikan sokongan moral kepada para perwira negara agar terus kuat dan bersemangat dalam mempertahankan kedaulatan negara ini.

Kesimpulannya ayuh semua rakyat Malaysia, kita ketepikan seketika ideologi politik dan permusuhan sesama sendiri, kerana apa yang penting ketika ini ialah perpaduan antara kita. Buat perwira negara sekali lagi diucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan yang diberikan ini.

Bersatu kita teguh, Bercerai kita runtuh.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...