UtamaNASIONALMohd. Saiful pegang teguh...

Mohd. Saiful pegang teguh sumpah laknat - pakdin.my

MOHD. SAIFUL ditemani Zamri Idrus semasa mengadakan sidang media khas menyangkal kenyataan bapa beliau di pejabat peguamnya.
MOHD. SAIFUL ditemani Zamri Idrus semasa mengadakan sidang media khas menyangkal kenyataan bapa beliau di pejabat peguamnya.

KUALA LUMPUR 8 Mac – Mohd. Saiful Bukhari Azlan berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa dia pernah diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008, sekali gus menolak dakwaan bapanya, Azlan Mohd. Lazim kononnya tuduhan ke atas Anwar itu adalah satu fitnah.

Dalam sidang akhbar di pejabat peguamnya di sini hari ini, Mohd. Saiful yang turut bersumpah dengan nama Allah menegaskan dia tidak akan sesekali berganjak daripada dakwaannya ke atas Anwar dan menyifatkan kenyataan terbaharu bapanya itu adalah akibat kerakusan politik Anwar.

Beliau juga percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu ‘pengkhianat negara’ berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.

Mohd. Saiful yang ditemani peguamnya, Zamri Idrus tampil tenang sepanjang sidang akhbar selama kira-kira 20 minit itu namun sesekali sebak terutama ketika menjawab soalan berkaitan tindakan mengejut bapanya, yang dikemukakan oleh ramai pemberita yang hadir.

“Kepada Anwar, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

“Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau dan walau apapun berlaku, saya yakin kepada Allah. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun,” katanya.

Keterbukaan Mohd. Saiful dan Zamri mengadakan sidang akhbar itu dengan turut menjemput media arus perdana serta portal-portal propembangkang nyata berbeza dengan sidang akhbar Azlan pagi ini yang dilakukan secara tersembunyi dengan menjemput hanya segelintir media propembangkang.

Dalam sidang akhbar itu, Azlan antaranya memberitahu, dakwaan Anwar pernah meliwat Saiful merupakan satu fitnah, dan seterusnya tanpa semena-mena menyatakan sokongannya supaya Anwar dan pakatan pembangkang akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Saiful mendedahkan, sebelum tindakan mengejut bapanya itu hari ini, beberapa ahli keluarganya juga pernah didatangi beberapa pihak bertujuan mengganggu-gugat perjalanan kes liwat Anwar tersebut namun dia terpaksa merahsiakan nama ahli keluarga dimaksudkan.

Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan bapanya malam tadi melalui telefon dan dia langsung tidak membincangkan kes liwat tersebut dan selepas mendapat tahu mengenai sidang akhbar Azlan, telefon bapanya gagal dihubungi kerana telah dimatikan.

Oleh itu, Mohd. Saiful merayu Azlan untuk kembali ke jalan yang benar kerana bapanya secara terang-terangan mengetahui Anwar bersalah.

“Dia ada bersama saya setiap kali perbicaraan di mahkamah, mengutuk Anwar dan selepas keputusan Mahkamah Tinggi, ayahlah yang terkehadapan membuat sidang akhbar bagi mendesak Peguam Negara merayu kes tersebut, dia di barisan hadapan.

“Walau apapun yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya. Silaturahim kita tidak akan terputus kerana walau apapun yang berlaku, saya masih maafkan dia,” katanya.

Sementara itu, peguamnya, Zamri Idrus yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut menafikan dakwaan Azlan mengenai penglibatan seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri dalam menyediakan ‘skrip’ perjalanan perbicaraan liwat membabitkan Anwar tersebut.

“Kita amat terkejut dengan tindakan Azlan. Seperti Saiful katakan, Saiful percaya ini didalangi pihak tertentu. Kalau pihak yang bersama Azlan pagi tadi adalah pihak yang neutral bukan dibayangi mana-mana parti politik, tetapi ingatlah pagi tadi, siapa di belakang Azlan?,” katanya.

Dalam sidang akbar tertutup Azlan itu, dia turut ditemani oleh Ahli Majlis Perwakilan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Abdul merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Saiful tetapi kes itu akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...