UtamaBORNEOSABAHWisma Putra Kumpul Maklumat...

Wisma Putra Kumpul Maklumat Dakwaan Pihak Ketiga Terbabit Pencerobohan Di Sabah - pakdin.my

anwar-manila sahkan terlibatPUTRAJAYA, 14 Mac — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

“Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

“Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang? Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.

“Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Akhbar the Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.

The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Anifah berkata mesti ada bukti kukuh untuk memastikan kebenaran memandangkan dakwaan itu adalah sesuatu yang serius.

Beliau menyifatkan kumpulan militan bersenjata terbabit bertindak kejam dengan melakukan keganasan serta menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah atau mana-mana bahagian negeri di Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi orang awam di kawasan itu ketika menjalankan operasi terhadap kumpulan pengganas.

“Semua langkah juga sedang diambil bagi menangani keperluan kemanusiaan termasuk perubatan kepada orang awam. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bekerjasama membantu penduduk tempatan di kawasan terjejas.

“Oleh itu, Malaysia memandang serius dakwaan berlaku pencabulan hak asasi manusia seperti dilapor beberapa media Filipina. Kita menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini,” katanya.

Menteri itu berkata semua tindakan yang diambil kerajaan Malaysia adalah selaras dengan undang-undang, peraturan serta polisi negara selain mematuhi norma dan standard antarabangsa.

“Dalam menjalankan operasi itu, kerajaan Malaysia bukan sekadar mematuhi jaminan seperti dinyatakan Perlembagaan Persekutuan malah mengikut standard dan norma hak asasi manusia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Anifah berkata kerajaan juga komited untuk mendokong prinsip Piagam dan Deklarasi Asean berkaitan hak asasi manusia.

“Pendirian Malaysia sangat jelas, pengganas harus meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat bagi membolehkan proses undang-undang dilaksanakan,” katanya.

Pada masa sama, Anifah berkata Malaysia tidak akan membabitkan jirannya di kalangan Asean dalam krisis di timur Sabah kerana perkara itu masih terkawal.

Katanya, beliau sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Selasa berhubung perkembangan situasi di Lahad Datu dan Semporna.

“Kami menghormati hal-ehwal dalaman mana-mana negara Asean lain. Saya sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei, yang juga pengerusi Asean.

“Beliau menghargai taklimat berkaitan pertempuran yang berlaku dan kita tidak perlu membabitkan jiran kerana mampu menangani situasi ini,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...