BERITAPOLITIKZahid Tukar Setiausaha Agung Barisan Nasional

Zahid Tukar Setiausaha Agung Barisan Nasional

Penggantian Annuar Musa ini dipercayai merupakan sebahagian hala tuju baharu UMNO yang turut mengumumkan penarikan sokongan kepada kerajaan sebelum 1 Februari ini

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Ahmad Maslan menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional berkuatkuasa serta merta.

Menurut sumber, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Penggantian Annuar Musa ini dipercayai merupakan sebahagian hala tuju baharu UMNO yang turut mengumumkan penarikan sokongan kepada kerajaan sebelum 1 Februari ini. – SUARATV

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami