BERITAPOLITIKIsteri Shahidan Kassim, Shamsiah dakwa tak pernah beri kenyataan kepada portal

Isteri Shahidan Kassim, Shamsiah dakwa tak pernah beri kenyataan kepada portal

Exco Wanita UMNO, Datin Shamsiah M Yassin menafikan pernah membuat kenyataan kepada portal Malaysian Now, Agenda Daily dan Malaysia Today yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memujuk sayap parti itu supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Lantaran itu, beliau meminta ketiga-tiga portal berkenaan menarik balik artikel yang disiarkan dan memohon maaf atas penipuan laporan tersebut.

”Saya tak pernah bagi statement kepada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan portal Malaysia Now, Agenda Daily dan Malaysia Today. Saya cuma hadir sidang media DSSK (Datuk Seri Shahidan Kassim),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Shamsiah berharap dengan penafian itu, Exco dan Ketua Wanita Negeri tidak perlu mempertahankan diri dalam menangkis artikel yang disiarkan oleh portal-portal berkenaan.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan memetik kenyataan Shamsiah sebagai berkata: “Dia (Zahid) suruh kami sokong Anwar. Kita kata ‘no way’. Dia suruh sebelum ni sokong Anwar, kita kata kita tak akan ambil Anwar.

Kenyataan itu didakwa dibuat oleh Shamsiah semasa menghadiri sidang media oleh Shahidan selepas jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis digantikkan dengan Datuk Seri Azlan Man.

Rujukan:

Noraini Tegaskan Presiden Tak Pernah Arah Wanita Untuk Sokong Anwar Ibrahim

‘Zahid suruh kami sokong Anwar’, dedah isteri Shahidan Kassim

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami