Video jadi bukti pelajar pondok sertai UMNO bukan fitnah – EKSKLUSIF #PRU13: - pakdin.my

ATAS… Entri blog Era Pasca menyiarkan penafian Mohd. Hafni Zaini menyertai UMNO hari ini. BAWAH… Kenyataan Hanafi Mamat semalam yang mendakwa beberapa pelajar Pondok Tal Tujuh, Kota Bharu ‘dibeli’ pemimpin Pas untuk menafikan kemasukan mereka ke dalam UMNO baru-baru ini.

Mohd-HafniKUALA LUMPUR 4 April – Satu rakaman video menjadi bukti kukuh bahawa tindakan pelajar-pelajar Pondok Tal Tujuh di Kota Bharu menyertai UMNO di Pasir Mas baru-baru ini bukannya fitnah, sebaliknya ia keputusan sukarela mereka.

Video berdurasi 46 saat itu dirakam krew Astro Awani yang membuat liputan majlis penyerahan borang keahlian pelajar terbabit kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam satu majlis ringkas di Tendong, Pasir Mas pada 1 April lalu.

Pada saat ke-13 video itu, salah seorang daripada pelajar itu, Mohd. Hafni Zaini, secara jelas dan terang berucap di rostrum menyatakan bahawa beliau sebagai wakil kepada pelajar-pelajar pondok itu ingin menyertai UMNO.

Kata Mohd. Hafni: “… mewakili, saya wakil… saya ingin sokong UMNO.”

Rakaman video itu boleh disaksikan di http://youtu.be/XdrRy61jglM.

Semalam, Mohd. Hafni menafikan dia menyertai UMNO dan video penafian itu dimuat naik ke YouTube (http://youtu.be/3HxJ14B07lk).

Bagaimanapun, pemerhatian daripada video tersebut, Mohd. Hafni jelas kelihatan seperti membaca skrip penafian kemasukannya dalam UMNO.

Sementara itu, Hanapi ketika mengulas penafian Mohd. Hafni itu mendakwa, pemimpin Pas telah ‘membeli’ beberapa pelajar Pondok Tal Tujuh sehingga mereka yang baru menyerahkan borang keahlian UMNO pada Isnin lalu menafikan tindakan mereka.

Kata Hanapi, tindakan terdesak Pas itu bertujuan menutup kelemahan mereka yang gagal memerintah negeri ini sehingga ramai guru dan pelajar pondok bertindak keluar daripada parti itu.

UTAMAPILIHAN RAYAVideo jadi bukti pelajar pondok sertai UMNO bukan fitnah - EKSKLUSIF #PRU13:

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium